N0Te 4 U ollss..

Monday 21 May 2012

::SeMiNaR kebangsaan PAKK::


Baru-baru ini saya ada menghadiri satu seminar. Seminar kebangsaan pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) yang diadakan pada 19 mei 2012 bertempat di UPSI.  Seminar ini dihadiri kira-kira 500 orang dari seluruh Malaysia yang berminat dengan bidang kanak-kanak. Seminar ini membincangkan isu-isu semasa dalam PAKK.  Penceramah-penceramah terdiri daripada mereka yang pakar dalam  bidang PAKK. Seminar ini dibahagikan kepada 4 slot perbincangan. Antara topik perbincangan seminar ini ialah :

1)  Isu-isu semasa dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak :: kesejahteraan kanak-kanak siapa peduli??
2)  Pemerhatian dan penilaian kanak-kanak::pemerhatian dan penilaian untuk perkembangan optima kanak-kanak.
3)  Pendidikan khas prasekolah::implementasi pendidikan khas prasekolah
4)  Kemahiran berfikir kanak-kanak:: merangsang kemahiran berfikir kanak-kanak.

Objektif seminar ini ialah :
v    Mengetahui tentang isu-isu berhubung dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
v  Meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan penglibatan ibu bapa dalam PAKK.
v  Meningkatkan pemahaman peserta dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
v  Meningkatkan kesedaran peserta tentang kaedah belajar melalui bermain dalam PAKK.

Matlamat seminar :
§         1) Medan perkongsian dan percambahan ilmu berkaitan isu-isu semasa dalam PAKK di Malaysia
§        2)  Meluaskan jaringan pengetahuan pendidikan dalam bidang kanak-kanak secara menyeluruh melibatkan ahli akademik, pendidik, pelajar dan masyarakat sekeliling.
§         3) Memberi peluang kepada para peserta untuk memberi pendapat, kritikan, cadangan dan penghasilan bahan pembelajaran yang berkesan dalam usaha mengukuhkan program PAKK.

Hasil menghadiri seminar ini ialah saya dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang PAKK. Banyak maklumat yang dikongsi oleh penceramah-penceramah tersebut. Contohnya seperti  slot ke 4 bahawa kanak-kanak perlu dirangsang kemahiran berfikir seawal usia iaitu bermula sejak lahir lagi. Ilmu yang diperolehi akan dimanfaat pada masa akan datang. InsyaALLAH sebagai pendidik  dan ibu bapa.

"Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita.
Salahkah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga" (hamka)




No comments:

Post a Comment