N0Te 4 U ollss..

Saturday 29 September 2012

Puppet pra SKTP 2

aiii uolllssssss..post kali ni, nk cter pasal pengalaman mengendalikan bengkel puppet yang diadakan di pra SKTP 2 ni kepada budak2 pra ni la hehe :).Aktiviti ini diadakan pada 5 September 2012. Berbekalkan pengalaman yang diperolehi semasa menolong lecture di UPSI membuat PUPPET SHOW dan pengalaman menyertai bengkel puppet. saya dan kawan seperjuangan telah memberanikan diri menganjurkan sendiri bengkel ini. sepanjang bengkel ini berjalan hanya kami berdua yang bertungkus lumus menguruskan murid-murid serta menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. disebabkan tidak mempunyai modal yang banyak, saya telah menyuruh murid-murid membawa sendiri stoking. pelbagai jenis dan warna murid-murid ni bawa hehe..bahan-bahan lain yang diperlukan ialah kad mounting board,gam uhu, benang kait dan butang. kad mounting bagi membentuk mulut, seeloknya bewarna merah...benang kait untuk membentuk rambut dan butang sebagai mata. 

Pada awalnya sebagai guru sudah semestinya saya menunjukkan puppet yang dihasilkan serta membuat cerita pendek kepada murid-murid dan bercerita menggunakan puppet tersebut bagi menarik minat mereka. Murid-murid kelihatan teruja untuk menghasilkan puppet sendiri. Aktiviti ini dijalankan secara hands-on dimana guru menerang sambil membimbing murid menghasilkan puppet. Murid-murid diberi peluang menghasilkan puppet mengikut kreativiti sendiri. sesudah menghasilkan puppet murid-murid diminta untuk bercerita secara berkumpulan menggunakan puppet tersebut. Keseluruhannya bengkel puppet ini berjalan lancar dan murid-murid kelihatan gembira menghasilkan puppet sendiri. mereka juga dapat bercerita menggunakan puppet yang telah dihasilkan sendiri.


Saturday 22 September 2012

Fenomena Pendidikan di Asia


Setiap negara di Asia mempunyai fenomena yang berbeza dari aspek pembangunan pendidikan. Selain menetapkan standard yang tinggi seperti Singapura, India dan China pula berdepan dengan ancaman pendidikan yang mendukacitakan.


PADA hari-hari tertentu di sekolah rendah di India, satu daripada empat orang guru akan hilang. Ia merupakan satu pembaziran ilmu bagi sebuah negara yang menampung penduduk muda sebagai tiket untuk menempah status kuasa besar.
Di daerah miskin dan pertanian, Baghpat di Uttar Pradesh, sebuah negeri yang merupakan rumah kepada hampir 200 juta orang, nisbah satu daripada enam orang rakyat India, masalah ketidakhadiran menimpa kedua-dua pihak, murid-murid dan guru-guru.
Seorang guru besar yang kecewa menunjukkan rekod daftar kakitangan di sekolahnya. Dua daripada tujuh guru sepenuh masa tidak berada di situ. Seorang daripadanya dilihat hanya hadir beberapa kali pada tahun 2012 disebabkan oleh cuti berpaten perubatan dan penjagaan anak.
"Ramai guru yang tidak mahu bekerja," dia mengadu di pejabatnya yang kelihatan ringkas dengan cahaya yang terbatas, sambil meminta supaya namanya tidak didedahkan kerana sensiviti isu yang dikongsi.
"Kerajaan menyediakan buku, pakaian seragam dan makanan tengah hari kepada semua pelajar secara percuma. Mereka belanja begitu banyak wang, tetapi jika guru tidak berdedikasi maka semua wang hanya satu pembaziran."
Di sekolah-sekolah lain di sekitar kawasan itu, jarak kira-kira dua jam dari New Delhi, kekurangan guru disebabkan ketidakhadiran atau pengambilan guru yang terhad.
Dalam satu pendedahan terkini di kawasan itu menyaksikan seramai 77 orang guru dipecat selepas penyiasatan oleh kolej latihan tempatan mendedahkan mereka telah memalsukan sijil sekolah mereka sendiri.
Sistem pendidikan pada hari ini membekal masalah pada masa depan, kata pakar.
"Kami memiliki penduduk yang sangat muda dan ia mempunyai banyak potensi," kata Rukmini Banerji dari kumpulan penyelidikan dan pendidikan terkemuka India, Pratham kepada AFP.
"Jika anda mahu kanak-kanak bermula 10 tahun dari sekarang untuk mempunyai kemahiran asas pendidikan abad ke-21, anda perlu bermula dari sekarang di gred satu dan dua. Jika kita tidak melakukannya, kita akan kehilangan satu peluang yang unik."
PELUANG pendidikan kanak-kanak di Baghpat diparahkan dengan tindak-tanduk guru sekolah yang memonteng sekolah.


Mengukur ketidakhadiran
Secara umum, sekolah rendah kerajaan negeri di India amat mendukacitakan," kata seorang profesor di Universiti California dan penyelidik sistem India, Karthik Muralidharan.
Kajian beliau tentang ketidakhadiran guru, dilakukan bersama-sama dengan ahli akademik lain dan Bank Dunia, menyediakan angka konkrit bagi masalah ini kerana mereka mengadakan lawatan dari semasa ke semasa ke sekolah-sekolah di seluruh negara.
Pada tahun 2003, satu kaji selidik mendapati purata 25 peratus guru sekolah rendah kerajaan negeri tidak hadir pada satu-satu masa. Penyelidikan semula pada tahun 2010 mendapati, angka itu telah meningkat sedikit kepada 23.7 peratus. Di Uttar Pradesh, kadar itu masih lebih daripada 30 peratus.
Beberapa ketidakhadiran adalah sah seperti cuti sakit, bersalin atau penjagaan kanak-kanak, sebagai contoh, tetapi kira-kira 60 peratus adalah atas sebab-sebab yang boleh dipersoalkan.
Dalam kes-kes yang paling buruk, guru-guru yang mempunyai pengaruh politik bertindak bekerja di tempat lain dengan merasuah pihak pemeriksa sekolah dan terus menerima gaji mereka.
Kos keseluruhan guru-guru yang tidak hadir kepada kerajaan boleh mencapai Rs85 bilion (RM4.8 billion) setahun, anggaran Karthik dalam penyelidikan baharu yang belum diterbitkan lagi.
Kerajaan melabur berbilion-bilion rupee ke dalam sistem pendidikan sebagai tonggak agenda 'pertumbuhan inklusif' yang bertujuan memastikan faedah pembangunan ekonomi mencapai rakyat miskin, yang amat bergantung kepada pendidikan yang disediakan kerajaan negeri.
Prospek demografi
Perdana Menteri, Manmohan Singh, menyenaraikan kejayaan semasa ucapan Hari Kemerdekaan bulan lepas.
Menurut beliau, sebanyak 51,000 sekolah baharu telah dibuka dan kira-kira 700,000 guru diupah dalam tempoh dua tahun yang lalu. Untuk pertama kalinya, Hak untuk Akta Pendidikan menjamin persekolahan kerajaan negeri yang dibuka kepada kanak-kanak berusia dari enam hingga 14 tahun.
"Anak-anak kita ialah kekuatan terbesar negara kita," kata beliau.
India ialah rumah kepada bilangan kanak-kanak yang tertinggi di dunia, dan dalam beberapa dekad akan datang, akan menjadi tenaga kerja serta buruh produktif, satu terma yang digelar sebagai 'dividen demografi' oleh kerajaan dan pakar ekonomi.
Namun, prospek dividen demografi yang dipersoal, apabila berjuta-juta orang yang kurang berpendidikan tetapi dengan aspirasi tinggi, tidak akan dapat mencari pekerjaan menjadi cabaran kebangsaan, menghantui 1.2 bilion orang.
GOLONGAN petani di India menerima tempias daripada sistem pendidikan yang longgar apabila mereka tidak ada pilihan lain untuk menghantar anak mereka mendapat ilmu.


Pratham menjalankan satu kajian tahunan terhadap sekolah-sekolah luar bandar utama kerajaan negeri, yang mendapati selepas lima tahun bersekolah lebih daripada separuh kanak-kanak masih tidak dapat membaca teks asas dalam bahasa ibunda mereka sendiri.
Berdiri sebagai salah satu sistem pendidikan terbesar di dunia, China turut menerima tempias pelbagai jenis teguran mengenai tahap dan standard pendidikan.
Pada Jun 2012, kira-kira 9.15 juta pelajar mengambil Peperiksaan Pendidikan Tertinggi Kebangsaan (Gao Kao) di China yang merupakan pengukur kepada segala pembelajaran mereka sepanjang pendidikan.
Melabur kira-kira empat peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kerajaan China menetapkan sembilan tahun pendidikan mandatori kepada semua kanak-kanak di negara itu dan dipercayai hampir 99 peratus mencapainya.
Namun, kritikan yang dihadapi oleh sistem pendidikan di negara itu ialah sama seperti kebanyakan sistem di negara Asia iaitu pembelajaran berasaskan hafalan. Tiada ruang untuk berfikir di luar kotak atau penekanan terhadap cadangan kolektif seperti di Barat.
Peperiksaan
Menurut seorang blogger berbangsa Amerika Afrika yang berkahwin dan bermaustatin di China, melalui blog, Life Behind The Wall, Amy Chua, 40, seorang kanak-kanak di China belajar sehingga mereka langsung tiada masa untuk bermain, bersosial atau berehat.
"Semua pembelajaran mereka akan 'direbus' dalam satu peperiksaan besar yang akan menentukan hala tuju. Peperiksaan itu akan meliputi semua yang mereka belajar dalam tempoh persekolahan."
Katanya, lebih teruk apabila seseorang pelajar tidak berjaya, mereka tidak akan mendapat tempat di universiti atau terkandas di sekolah vokasional atau berhenti belajar.
"Universiti yang menawarkan tempat belajar juga memainkan peranan. Jika ia bukan sebuah universiti yang popular, anda mungkin menganggur selepas tamat pengajian," katanya yang turut diakui ramai pengikutnya dalam blog tersebut.
Dalam pada itu, seorang buruh kasar yang sudah lama tinggal di Beijing, Hu Zhongping memasang impian untuk anaknya belajar hingga ke menara gading mungkin makin kabur.
Kini, dia hanya mahu anaknya bersekolah. Warganegara China, dengan separuh hidupnya di Beijing, Hu tidak mendapat akses yang sama seperti penduduk urban lain untuk pendidikan, kesihatan mahupun kemudahan.
"Saya cuma harap anak saya akan ke sekolah kerajaan negeri. Sebagai ibu bapa, saya mahu anak saya tidak mewarisi nasib saya," katanya.
Namun, kira-kira 140 juta migran luar bandar yang kini bekerja di bandar tidak mendapat manfaat yang adil dengan mereka yang tinggal di bandar, khususnya dari segi pendidikan.
Kira-kira 58 juta kanak-kanak di biarkan tinggal di perkampungan dengan harapan mereka akan dibesarkan dengan pendidikan wajar. Selebih, 19 juta lagi berada di bandar sebagai warga negara kelas kedua.
Namun, kedua-dua mereka mempunyai akses pendidikan yang lemah. "Kini, anak-anak saya, kembar berusia lapan tahun, Xiaonan dan Xiaobei, belajar dengan ibunya yang menamatkan pengajian semasa usia 16 tahun.
"Hanya mereka yang mempunyai 'hubungan' sahaja akan mendapat tempat di sekolah. Dan untuk mengadakan 'hubungan' itu pula, anda perlu banyak berbelanja," kata Hu sambil memikirkan masa depan pendidikan anaknya.
Rujukan :: copy paste dari akhbar KOSMO

0PeN pra SKTP2

Hmmmm...lme da rasanya x conteng-conteng blog ni kan..almaklum la nek je pas raya skolah ni penuh ngan aktiviti-aktiviti yang memberi 1001 pengalaman. kalau x join aktiviti x bez  la. Ni la masa nk kutip ilmu-ilmu dari ckgu-cikgu senior.. hehe :) 
Nek je cuti msih lagi mood raya gpon kan masih dlm bulan syawal..so pra SKTP2 pon wat la "open pra"  hehe.. 2 hari kami di jabatan pra ni prepare utk siapkan menu yang dirancang utk djamu kepada tetamu @ geng-geng ckgu skolah n my lovely students. Siap hias pra dengan suasana raya lagi. Open pra ni diadakan pada 4 september 2012. pelbagai menu disediakan seperti laksa, mee bandung, nasi impit, rendang, masak lodeh n mcm2 la..bak kata iklan astro mcm2 ada hehe.. tambah2 lagi student ni semua parents sokong jamuan ni coz bole dikatakan hampir semua murid membawa pelbagai makanan. ada biskut raya, ada ketupat, ada lemang, kerepek, keropok mamee pon ada haha.
Pada ari ni semua student2 ni berbaju raya masing-masing..comel2 sgt diorang ni...yg perempuan cantik berbaju kurung n tudung..lelaki pulak berbaju melayu dan siap bersampin segala..hensem2 n cantik2 belaka students pra SKTP2 ni.

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.


murid-murid menikmati jamuan ari raya.

Saturday 21 July 2012

IHYA RAMADHAN 1433H

       Alhamdulillah bertemu lagi ramadhan kali ini..xp kali ni ramadhan di sambut dengan kengkwn pratikal kt bandar tasik puteri, rawang. taun lepas sebulan pose kat uma xp taun ni sebulan la pose kat perantauan mayb sari je kot t dapat buka pose kt uma & dgn family. taun depan xtau lagi cmne...huhu :( 
       Cmne la pose kali ni ek?? sbb kne mngajar sme..agak2 pnat x ek?? pape pon hrap dapt dilalui dengan jayanya. last skali harap ramadhan 1433H ini membawa seribu keberkatan & kebahagiaan, disamping dapat menjalani pratikal dengan lancar. semoga bertemu lagi dengan ramadhan akan datang. 
SaLam RamadHan 1433H ><

Sebulan Berpraktikal..lalala

tup tap...tup tap...dah sebulan berpraktikal. dah bole kenal student2 punya ragam ada yg suka mengadu, nak perhatian, suka bcakap, rajin, pemalas, manja, suka merajuk & mcm2 ragam..hehe. kadang2 suka melayan xp kadag2 'angin' juga ngan bdk2 ni. xp tu semua msih mengembirakan & menyeronokkan sbb tegat je masa diri ini msih kecik..agak2 nye mcm 2 jgak kot hehe :) 
dalam tempoh sebulan aku ngajar di kelas pra-U ni 1 msalah yg msih x bole nk aku atasi ialah,dlm kelas aku ni ade sorang bdk nama "a.f" yg langsung3 xnk bckap n xnk makan..mcm2 aku wat xp si "a.f" ni still xnk ckp huhu. tyme student len makan dia mang xla asyik men sendri2 @ dlm dunia dia je. klu nk dikatakan autisme xtau la plak sbb si "a.f" ni still men jgak ngan kwn2 dia, sruh wat kje dia wat. menulis bole, bc xtau la plak sbb dia x bckap kan. mcm mne la aku nk wat ni??? ap2 pon "a.f" ni msih x memberi mslh kpda aku sbb dia msih dikategorikan bdk baik. 
              
            # ragam student lebih kpd mengembirakan :) sbb diorang ni cute sesangat...ahakssss

Saturday 7 July 2012

gUrU pRaKtiKaL :)

ketar...takut...cuak...sume ada 1st tyme lapor diri sebagai guru praktikal. mula lapor diri 25 jun 2012 dan skunk suda 2 minggu sebagai guru praktikal di SK TASIK PUTERI 2 hehe. tyme ni lah dapat panggilan cikgu...cikgu...cikgu!! walaupon penat, letih xp sangat seronok3 berhadapan dengan kanak-kanak yang pelbagai kerenah...nomooooo5 chua :)
p/s:::x mudah bergelar guru..so hargaila jasa guru kita ><

Saturday 9 June 2012

Bahan Bacaan Kanak-Kanak



Pilih kandungan tepat untuk anak

BERDASARKAN perhatian sempena berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, kanak-kanak dilihat lebih suka memilih buku cerita atau novel. Kecenderungan bagi kanak-kanak lelaki pula lebih tertumpu pada komik selain buku pembelajaran sekolah. Selain bahan bacaan pelbagai genre, peralatan menulis, bahan bantuan pembelajaran dan kelengkapan persekolahan lain turut dilihat sebagai pelaris pesta buku tersebut.
Apa kata ibu bapa???
"Sebagai bapa, saya akan pastikan anak saya memilih buku mengikut sukatan pembelajaran atau yang mempunyai kaitan dengan pelajaran. Lazimnya, buku-buku yang dijual di sini (PBAKL) semuanya selamat untuk pembacaan," kata Sopian Hassan, 36, dari Bangi. "Dalam usia yang muda, mereka sudah menunjukkan minat membaca yang mendalam. Namun, sememangnya menjadi tanggungjawab saya dan isteri untuk mengawasi buku-buku yang dipilih. Setakat ini, kami tidak pernah berhadapan dengan mana-mana pilihan yang salah," ujar Sopian lagi.
Bagi pasangan Yuslina Sidek, 30, dan suaminya, Mohd. Zaidin Zainal Abidin, 30, dari Kajang, penganjuran pesta buku seperti itu memang dinanti-nantikan bersama anak-anak mereka, Intisa, 6, dan Iftika, 4. Lazimnya, pemilihan jenis buku untuk bacaan anak-anak ditentukan oleh mereka sendiri. Ketelitian itu penting kerana bahan bacaan yang dipilih mengikut kesesuaian umur boleh mengelakkan anak-anak mereka daripada menerima mesej yang tidak jelas.
"Ada buku-buku yang subjek kandungannya matang dan lebih serius berbanding usia mereka. Itulah perkara yang perlu diberi perhatian ketika membuat pilihan," kata Yuslina yang menyasarkan untuk membelanja kira-kira RM100 membeli buku di PBAKL.
Rata-rata ibu bapa yang ditemui yakin bahawa kebanyakan buku yang dijual dalam pesta buku, khususnya di bahagian kanak-kanak, selamat untuk pembacaan si cilik. Mereka selalunya gemar berbelanja pada musim pesta buku kerana faktor harga yang murah dan pilihan yang banyak.
Apa kata penulis buku???
Kosmo! juga menemui beberapa orang penulis novel kanak-kanak termasuk seorang penulis yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan, Ahmad Fadzilah Muhammad, 56. Dikenali dengan karya-karya penulisan sastera, cerpen dan puisi, Ahmad Fadzilah merupakan seorang pengarang di syarikat Aras Mega Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kajang, Selangor.
"Saya terpanggil untuk menulis kisah kanak-kanak selepas banyak membuat pemantauan dan pemerhatian. Sebagai contoh, apabila melihat pendekatan sebuah sekolah yang memaparkan wajah-wajah pelajar yang datang lewat ke sekolah pada skrin besar di kawasan perhimpunan.
"Hal-hal seperti itu menarik perhatian saya lalu terus dijadikan tajuk cerpen," kata Fadzilah mengenai buku beliau, Wajah Pada Skrin. Buku setebal 124 muka surat itu menghimpunkan 25 buah cerita pendek yang menceritakan kisah kanak-kanak di sekolah, rumah, bersama guru dan rakan-rakan.
"Semua kisah ini mengambil kira elemen penyelesaian dan mesej pada akhir penceritaan. Tidak kira bagaimana ia bermula, setiap kisah itu perlu ditamatkan dengan baik, positif dan ada penyelesaian atau mesej keinsafan," jelasnya yang menulis sejak 1970-an.

Bagi seorang lagi penulis dari Aras Mega yang ditemui sempena PBAKL ialah Fauziah Baharudin, 26, beliau yakin bahawa mesej dan intipati sesebuah buku cerita bukan sekadar bahan bacaan masa lapang. Lebih daripada itu, kanak-kanak cenderung dipengaruhi watak dan mesej yang disampaikan. Selaku seorang penulis yang masih muda, Fauziah berkata, beliau bernasib baik kerana dapat mengenali isi hati kanak-kanak dan isu yang dihadapi mereka melalui adiknya serta rakan-rakan adiknya yang lain.
"Saya juga menyelitkan pengalaman dan kisah peribadi yang boleh diceritakan semula supaya ia memanfaatkan kanak-kanak, " terangnya. beliau banyak mengkaji psikologi kanak-kanak sebelum menghasilkan sesuatu novel. kanak-kanak suka menggunakan peluang pesta buku umpamanya untuk mendapatkan buku pilihan mereka.
"Novel saya bukan sahaja mempunyai mesej umum malah ia banyak memberi penekanan tentang disiplin. Namun, ia disentuh secara berhati-hati menggunakan pendekatan psikologi kanak-kanak supaya mesej dan tuntutan sampai dengan baik kepada kanak-kanak yang membaca novel ini," ujar Fauziah.
Apa kata pembekal buku???
Bagi pembekal buku kanak-kanak dalam talian, Alimkids.com, Dayang Lily turut mengakui bahawa dirinya sangat berhati-hati dalam memilih dan menjual buku kanak-kanak. Pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jualan bukan sahaja memahirkan beliau dalam perniagaan malah berkenaan seleksi buku-buku yang sesuai mengikut usia dan keperluan kanak-kanak. Kata Lily, Alimkids.com menyenaraikan pilihan buku mengikut kategori umur. Oleh itu, ibu bapa dapat dibimbing untuk mendapatkan jenis buku yang sesuai. Bagi pembelian bukan talian pula, Lily sendiri akan menasihati dan membantu ibu bapa membuat pilihan. pengaruh buku sangat mendalam dan oleh itu Alimkids.com sentiasa memastikan membekal buku yang terbaik kepada pelanggan.
"Bagi kanak-kanak kecil, mereka perlu didedah dengan buku berkulit tebal, banyak warna dan gambar dan perkataan yang minimum.
"Ia berubah secara berperingkat apabila kanak-kanak itu membesar dan pada usia lapan tahun ke atas, ibu bapa boleh mendekatkan mereka dengan novel kanak-kanak atau pra remaja," katanya.
Buku luar negara
Menjual buku pasaran khusus dengan kebanyakannya berunsur keislaman, Lily mengakui terdapat kekurangan pada buku keluaran tempatan.
"Apabila melihat buku keluaran tempatan dan luar negara seperti Eropah, banyak bezanya. Kemajuan inovasi, kreativiti dan persembahan kandungan dalam buku terbitan luar negara membuatkan ibu bapa lebih suka memilih buku luar negara," kata Lily.
Lily menunjukkan contoh sebuah buku tebal dari penerbit Eropah yang bukan sahaja menceritakan tentang kehidupan yang dicipta oleh Allah, bahkan memasukkan unsur warna, reka bentuk, kreativiti dan mesej tambahan.
"Ia akan menarik minat kanak-kanak mahupun ibu bapa yang membeli dan ia berbaloi dengan harga," ungkap Lily.
Namun, beliau menjelaskan, kebiasaannya pihak penerbit, pencetak dan penulis adalah entiti yang berbeza di Malaysia. Ia mungkin mengehadkan kreativiti penulis selain menjaga kepentingan pencetak untuk menghasilkan sesuatu dalam kos yang rendah.
Sumber : akhbar kosmo 9 jun 2012.

Wednesday 23 May 2012

## Puppet Sh0W ##


Pada 23 mei 2012, saya dan beberapa orang rakan telah membantu seorang pensyarah iaitu Dr. Loy Chee Luen  dalam menguruskan bengkel puppet. Bengkel ini dianjurkan oleh pihak muzium pendidikan nasional UPSI yang melibatkan penyertaan kanak-kanak pusat kecemerlangan tadika  UPSI. Bengkel  yang dijalankan ini bertempat di muzium suluh budiman, UPSI. Antara yang menjadi kandungan sepanjang bengkel dijalankan ialah kanak-kanak dipertontonkan dengan cerita yang menggunakan puppet. Seterusnya aktiviti membuat puppet.  Kanak-kanak dibahagikan kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang guru. Semasa aktiviti ini dijalankan kanak-kanak diajar membuat puppet mengikut kreativiti sendiri. Kanak-kanak yang lemah akan dibimbing oleh guru. Akhir sekali kanak-kanak disuruh untuk membuat persembahan menggunakan puppet yang dibuat mengikut kumpulan. Antara persembahannya ialah bercerita dan nyanyian. Apa yang diperoleh melalui aktiviti ini ialah pengalaman dan pendedahan sebagai guru dalam menguruskan kanak-kanak terutamanya kawalan kelas. Sebagai seorang guru haruslah mempunyai sikap yang tegas, sabar dan kreativiti dalam pengajaran bagi menarik minat kanak-kanak. Kanak-kanak yang berminat akan memberi perhatian terhadap tindakan guru dan ini akan mewujudkan satu pembelajaran yang selesa serta menunjukkan kawalan kelas yang baik oleh guru. Gambar-gambar sepanjang aktiviti puppet...





Monday 21 May 2012

::SeMiNaR kebangsaan PAKK::


Baru-baru ini saya ada menghadiri satu seminar. Seminar kebangsaan pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) yang diadakan pada 19 mei 2012 bertempat di UPSI.  Seminar ini dihadiri kira-kira 500 orang dari seluruh Malaysia yang berminat dengan bidang kanak-kanak. Seminar ini membincangkan isu-isu semasa dalam PAKK.  Penceramah-penceramah terdiri daripada mereka yang pakar dalam  bidang PAKK. Seminar ini dibahagikan kepada 4 slot perbincangan. Antara topik perbincangan seminar ini ialah :

1)  Isu-isu semasa dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak :: kesejahteraan kanak-kanak siapa peduli??
2)  Pemerhatian dan penilaian kanak-kanak::pemerhatian dan penilaian untuk perkembangan optima kanak-kanak.
3)  Pendidikan khas prasekolah::implementasi pendidikan khas prasekolah
4)  Kemahiran berfikir kanak-kanak:: merangsang kemahiran berfikir kanak-kanak.

Objektif seminar ini ialah :
v    Mengetahui tentang isu-isu berhubung dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
v  Meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan penglibatan ibu bapa dalam PAKK.
v  Meningkatkan pemahaman peserta dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
v  Meningkatkan kesedaran peserta tentang kaedah belajar melalui bermain dalam PAKK.

Matlamat seminar :
§         1) Medan perkongsian dan percambahan ilmu berkaitan isu-isu semasa dalam PAKK di Malaysia
§        2)  Meluaskan jaringan pengetahuan pendidikan dalam bidang kanak-kanak secara menyeluruh melibatkan ahli akademik, pendidik, pelajar dan masyarakat sekeliling.
§         3) Memberi peluang kepada para peserta untuk memberi pendapat, kritikan, cadangan dan penghasilan bahan pembelajaran yang berkesan dalam usaha mengukuhkan program PAKK.

Hasil menghadiri seminar ini ialah saya dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang PAKK. Banyak maklumat yang dikongsi oleh penceramah-penceramah tersebut. Contohnya seperti  slot ke 4 bahawa kanak-kanak perlu dirangsang kemahiran berfikir seawal usia iaitu bermula sejak lahir lagi. Ilmu yang diperolehi akan dimanfaat pada masa akan datang. InsyaALLAH sebagai pendidik  dan ibu bapa.

"Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita.
Salahkah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga" (hamka)




Saturday 19 May 2012

Budjet & MarketinG


Pada 9 Mei 2012,  semasa kuliah pengurusan program pendidikan awal  kanak-kanak maklumat baru yang diperolehi ialah berkaitan bajet dan perancangan pemasaran. Kedua-dua maklumat ini merupakan aspek penting dalam penubuhan program pendidikan awal kanak-kanak sama ada penubuhan taska atau tadika. Bajet merupakan satu jumlah peruntukan wang yang ditetapkan diperingkat permulaan proses belanjawan yang perlu ada dalam pengurusan sesebuah taska dan tadika. Bajet yang dirancang perlu merangkumi: perbelanjaan yuran, bayaran gaji, pembelian peralatan dan kemudahan, penyediaan makanan dan sebagainya.

       Perancangan pemasaran pula melibatkan aspek pasaran, persaingan, analisis pasaran dan 
strategi pemasaran. Pasaran ialah mengambil kira faktor sasaran pelanggan dan permintaan pasaran iaitu keperluan ibubapa dalam memberi pendidikan dan pengasuhan kepada anak-anak mereka. Persaingan melibatkan saingan daripada tadika lain seperti lokasi penubuhan. Adakah lokasi tersebut sudah mempunyai banyak pusat taska atau tadika. Dengan itu, analisis pasaran sangat perlu kerana untuk membuat perbandingan antara satu sama lain. Oleh itu tadika yang ditubuhkan mestilah mempunyai kelebihan dan kemudahan yang lebih baik daripada tadika yang sedia ada. Strategi  pemasaran melibatkan kaedah mempromosikan tadika seperti melalui laman sesawang, banner, brosur, iklan dan sebagainya. Penubuhan taska dan tadika memerlukan perancangan pemasaran yang baik kerana bertujuan mempromosikan sesuatu taska dan tadika yang ditubuhkan agar diketahui oleh masyarakat sekeliling. 





Thursday 17 May 2012

< p0ster >


Pada kali ini saya hanya melayari web-web yang diberikan oleh pensyarah. Web ini berkaitan cara pembentangan kertas kerja menggunakan kaedah poster selain menggunakan kaedah multimedia atau power point. Ianya juga merupakan alternatif  bagi menyakinkan pihak atasan agar menerima kerja kertas yang dibuat, selain bagi mempromosikan penubuhan pusat pendidikan awal kanak-kanak. kaedah poster ini adalah meringkaskan kertas kerja dalam bentuk yang menarik. Kaedah pembentangan ini sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti komputer rosak atau lain-lain. Antara contoh-contoh poster yang dapat dilihat seperti dibawah atau merujuk web ini.




cantik kan poster-poster ni..so ni salah satu cara untuk bentang @ promosikan tadika 









ReAd the BooK !!!


Terdapat sebuah buku yang saya baca bertajuk “ Panduan Untuk Pengusaha Tadika”.  Buku ini merangkumi  14 bab. Antaranya ialah dimensi pengurusan tadika, pengurus tadika, mengurus penubuhan tadika, pengurusan fiskal (kewangan), mengurus pemasaran, mengurus sumber, mengurus sumber kelengkapan, mengurus ruang belajar, mengurus keselamatan, mengurus sajian makanan, program tahunan, penilaian perkembangan kanak-kanak, pemantauan dan panduan dan bab terakhir ialah isu dan cabaran.  Buku ini berperanan sebagai  panduan kepada pengusaha tadika dan pelajar mempraktikkan amalan sebelum dan semasa mengusahakan tadika. Bertujuan membantu pengusaha atau guru-guru tadika menyediakan minda bagi memulakan operasi tadika terutamanya aspek-aspek penting yang perlu dititikberatkan dan difokuskan. Dengan adanya buku seperti ini dapat mewujudkan sistem pengurusan tadika yang cemerlang dan efektif serta  memberi pemahaman kepada pengurus dalam mengorganisasikan sesebuah tadika dengan sistematik.

Antara koleksi buku-buku lain yang boleh dijadikan bahan bacaan atau rujukan berkaitan penubuhan taska @ tadika seperti :
selamat membaca...



Wednesday 16 May 2012

Bagaimana menubuhkan taska @ tadika??


Terdapat satu laman web iaitu http://www.bengkeltaskatadika.com/ yang dijumpai menceritakan tentang “bagaimana membuka dan memiliki perniagaan taska dan tadika yang menguntungkan dan professional?”. Laman ini ditulis oleh Farah Izwani Samsudin pada 1 Januari 2001. Walaupun laman ini sudah lama dikongsi  tetapi bagi saya ia amat menarik kerana penulis sanggup berkongsi pengalaman dan kejayaan beliau. Hasil bacaan yang diperolehi ialah mendapat panduan lengkap penubuhan perniagaan taska dan tadika. Oleh kerana, pada masa kini ramai ibu bapa yang bekerja untuk menambahkan pendapatan dan perbelanjaan seisi keluarga maka tugas mengasuh, menjaga dan mendidik diserahkan kepada pembantu rumah atau pengasuh. Pilihan lain ialah menghantar anak-anak ke taska atau tadika. Disebabkan permintaan yang tinggi maka perniagaan taska dan tadika dilihat sebagai satu keperluan dan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh ibubapa.
    Penulis juga menghuraikan perbezaan taska dan tadika. Taska merupakan singkatan daripada taman asuhan kanak-kanak. taska perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila menerima kanak-kanak melebihi 4 orang yang berumur 4 tahun kebawah dengan menerima upah. Manakala tadika pula adalah singkatan daripada taman didikan kanak-kanak. Tadika ialah premis yang menerima kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun lebih daripada 4 orang untuk tujuan memberi pendidikan dengan mengenakan bayaran. Penubuhan tadika swasta perlu didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) iaitu dibawah unit pendidikan swasta.
   Selain itu terdapat juga info yang dikongsi oleh penulis dalam penubuhan perniagaan taska dan tadika. Antaranya ialah pendaftaran perniagaan, persekitaran yang selamat dan bersih, lokasi strategik, warna, program dan aktiviti yang berkualiti, kurikulum, perkhidmatan pengangkutan dan promosi perniagaan. Kesimpulannya perniagaan taska dan tadika merupakan satu tugas yang mulia kerana menjaga kebajikan, memberi kasih-sayang dan pendidikan kepada kanak-kanak. selain itu berpeluang menjana pendapatan kerana boleh dijalankan secara sampingan. Lagi pula, perniagaan ini sentiasa mendapat permintaan dan bertambah mengikut kadar pertambahan penduduk.


Gr0up discuSI0N :)


Pada 8 April 2012, saya bersama ahli kumpulan dibawah kursus pengurusan program pendidikana awal kanak-kanak telah mengadakan satu perbincangan mengenai satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Tugasan tersebut ialah mengkehendaki pelajar menyediakan satu proposal atau kertas kerja bagi menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak. hasil perbincangan kumpulan saya bersetuju menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak jenis nurseri. Hasil bimbingan dari pensyarah dan nota-nota kami berbincang beberapa aspek yang diperlukan dalam kertas kerja tersebut dan membahagikan tugas masing-masing. Setakat yang dibincangkan bagi proposal tersebut ialah pengenalan yang merangkumi aspek tujuan, matlamat, lokasi, sasaran dan asas keperluan. Seterusnya, ialah carta organisasi, diskripsi kerja, polisi nurseri, bajet dan merangka pelan dalam dan luar nurseri. Tugasan dan perbincangan ini memberi faedah kepada saya dalam menyediakan diri bagi membuat proposal pada masa akan datang sekiranya ingin membuka perniagaan berasaskan pendidikan awal kanak-kanak seperti taska atau tadika.


P0LISI tadiKA


Pada 4 april, semasa kelas pengurusan program pendidikan awal kanak-kanak telah dibincangkan berkaitan polisi dalam sesebuah pengurusan program pendidikan awal kanak-kanak. polisi merupakan satu dasar atau peraturan yang telah digariskan oleh pihak pengurusan iaitu pihak taska atau tadika yang perlu dipatuhi oleh mereka yang terlibat. Mereka yang terlibat seperti pekerja atau guru, ibu bapa, kanak-kanak dan lain-lain. Polisi sesebuah taska atau tadika ini merangkumi polisi mengenai masa, yuran, kemasukan atau pendaftaran, persekitaran dalam dan luar kelas, kemudahan, kurikulum, keselamatan, kesihatan, kanak-kanak, ibu bapa, guru kontigensi dan lain-lain. Contoh beberapa polisi yang terdapat di taska atau tadika.
Polisi dan prosedur pelajar dan ibu bapa:

1)    Pelajar hendaklah sentiasa memakai unifom dan tanda nama semasa hadir ke tadika.
2)    Pelajar perlulah hadir ke tadika sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan.
3)    Segala barang peribadi pelajar seperti alat tulis, pakaian, bekal makanan dan minuman hendaklah ditanda supaya ianya mudah dikenal pasti oleh pelajar
4)    Jika pelajar tidak hadir ke tadika ibu bapa perlulah memberikan surat kepada pihak tadika
5)    Bagi pelajar yang dijangkiti penyakit hendaklah mengambil cuti sakit dan tidak dibenarkan ke tadika sehinggalah sembuh.
6)     Ibubapa hendaklah menghantar dan mengambil anak mereka dalam tempoh masa yangditetapkan. Jika lewat ibu bapa perlu menghubungi atau memberitahu pihak tadika di atas sebarang kelewatan.
7)    Ibu bapa tidak dibenarkan memasuki kawasan tadika sewenang-wenangnya pada waktupersekolahan.
8)    Ibu bapa digalakkan sentiasa menghubungi pihak tadika untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka.
9)    Ibu bapa tidak boleh membunyikan hon sewenang-wenangnya ketika berada di hadapan tadika.

Polisi dan prosedur bayaran yuran

1)    Semua kadar yuran pendaftaran, bulanan dan tahunan yang ditetapkan ini adalah sah hingga 31 Disember pada tahun semasa sahaja. Manakala selepas tarikh tersebut pihak pengurusan boleh membuat sebarang perubahan kadar bayaran (jika difikirkan perlu).
2)    Jumlah yuran bulanan yuran bagi tadika adalah selama 11 bulan iaitu Januari hingga November.
3)    Pada bulan Disember tiada bayaran tadika yang dikenakan.
4)    Yuran bulanan tadika hendaklah dibayar penuh meskipun kehadiran pelajar tidak penuh pada bulan tersebut.
5)    Resit bayaran yang diterima hendaklah disimpan oleh ibu bapa/penjaga sebagai buktibayaran
6)    Sila pastikan ibu bapa/penjaga menerima resit rasmi tadika kami untuk sebarang bayaran yang dibuat.

Polisi dan prosedur cuti dan tatatertib.

1)    Cuti penggal tadika dan bilangan hari persekolahan tadika adalah sama seperti yangditetapkan oleh kementerian pendidikan Malaysia iaitu seperti sekolah kebangsaan.
2)    Cuti umum/pelepasan am adalah sama seperti cuti umum persekutuan dan kerajaan negeri
    )  Pelajar dilarang membawa sebarang alat-alat mainan dan barang yang berbahaya ketadika.
4)    Pelajar lelaki hendaklah sentiasa berambut pendek dan kemas. Manakala pelajarperempuan yang berambut panjang hendaklah diikat kemas rambutnya terutama semasamenjalankan aktiviti sukan.
5)    Segala peralatan dan buku-buku kepunyaan tadika tidak dibenarkan di bawa pulang oleh pelajar tanpa kebenaran terlebih dahulu.