N0Te 4 U ollss..

Friday 29 November 2013

kanak2 --> Melayari internet secara POSITIF



ANAK matanya laju mengejar setiap perkataan dipaparkan di skrin komputer peribadi yang berubah-ubah mengikut pergerakan tetikus di tangan, sementara bibirnya ligat membaca setiap mesej dihantar oleh rakan-rakan sekolah dan teman baharu yang dikenali menerusi laman sosial Facebook.
Tiba-tiba tangannya terhenti dan matanya tertumpu pada gambar-gambar kumpulan penyanyi terkenal dari Britain, One Direction. Rupa-rupanya itu bahan yang dicari-cari oleh remaja berusia 16 tahun, Nur Zulaikha Zulkifli di laman Facebook miliknya.
Anak tunggal tersebut amat meminati kumpulan itu dan kerap melayari internet semata-mata untuk mengikuti perkembangan mereka.
“Kebiasaannya, saya akan melayari Facebook selama tiga atau empat jam sehari selepas pulang dari sekolah.
“Namun, saya tidak bersembang atau kerap menghantar komen di Facebook kerana tujuan saya membuka akaun hanya untuk melihat gambar-gambar terbaharu kumpulan One Direction,” jelasnya sambil memaklumkan akaun tersebut telah dibuka sejak tiga tahun lalu.
Nur Zulaikha antara jutaan pengguna Facebook di negara ini yang terdedah dengan risiko keselamatan di alam maya terutama dalam kalangan remaja.
Antara bentuk jenayah siber yang semakin menular termasuklah penipuan wang, spam, penggodaman akaun peribadi, menghendap dan buli.
Penggunaan internet di negara ini semakin meluas, namun hanya segelintir rakyat Malaysia yang menyedari risiko melayarinya menyebabkan kes-kes jenayah siber dilaporkan semakin meningkat.
Baru-baru ini, syarikat telekomunikasi, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, telah berkongsi hasil kajian Keselamatan Internet yang bertujuan mengukur tahap kesedaran dan pengetahuan kanak-kanak tentang keselamatan melayari internet.
Menurut Pengarah Strategi dan Pegawai Perhubungan Korporat DiGi, Christian Thrane, sebanyak 460 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia terlibat dalam sesi soal jawab secara lisan dan bertulis yang diadakan pada 26 April hingga 12 Oktober lalu.
“Ini adalah kajian keselamatan terbesar yang pernah dilakukan di Malaysia dengan melibatkan 9,651 pelajar di bawah program CyberSAFE DiGi.
“Program ini merupakan sebuah bengkel pendidikan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan kanak-kanak di alam siber, di samping meningkatkan kemahiran golongan pelajar, guru-guru dan ibu bapa ke arah suasana melayari internet yang positif dan selamat,” katanya.
Buli
Hasil kajian itu mendapati sebanyak 27 peratus pelajar mengakui pernah dibuli semasa melayari internet, manakala 13 peratus masih dibuli. Selain itu, didapati 49 peratus daripada responden mengetahui beberapa rakan mereka yang pernah dibuli dalam internet.
Antara bentuk buli tersebut termasuk menerima mesej tidak bermoral, diejek dengan nama panggilan tidak sopan dan pencerobohan akaun laman sosial.
Dalam pada itu, sebanyak enam peratus mengakui mereka merahsiakan perkara-perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Tambah Thrane, sebanyak 88 peratus pelajar bersetuju pengetahuan tentang penjagaan keselamatan diri semasa melayari internet adalah sangat penting.
“Walaupun lebih daripada separuh menyedari kepentingan menjaga keselamatan, namun seramai 38 peratus daripada mereka tidak tahu cara melakukannya,” jelasnya.
Kajian tersebut juga mendapati empat daripada 10 ibu bapa tidak pernah memberitahu anak-anak tentang keperluan menjaga keselamatan semasa melayari internet.
Pendedahan
Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, Shamsuddin Hassan berkata, kebanyakan kanak-kanak di negara ini tahu tentang risiko keselamatan semasa melayari, namun mereka tidak tahu cara menangani dan tidak diberi pendedahan secukupnya.
“Mereka harus diajar supaya tidak menggunakan kata laluan yang sama untuk setiap akaun sosial atau peribadi kerana ia akan memudahkan urusan penceroboh untuk menggodam akaun pemilik.
“Kanak-kanak harus diajar untuk meletakkan kata laluan yang lebih panjang dan tidak mudah dijangka oleh orang luar. Ini adalah antara perkara-perkara asas yang perlu diajar sebelum memberikan mereka telefon pintar.
Tambahnya, ibu bapa perlu lebih kerap memantau aktiviti anak-anak dalam talian dan tahu menggunakan penetapan yang disediakan di komputer rumah atau riba.
“Ibu bapa boleh menutup kemudahan akses internet selepas waktu perdana iaitu pukul 10.30 malam.
“Ia bagi mengelakkan anak-anak terus melayari laman-laman web sehingga melepasi waktu tidur mereka. Penetapan komputer adalah cara pengawalan yang paling mudah untuk dilakukan,” katanya.
Dalam pada itu, Nur Zulaikha memberitahu. bagi mengelakkan dirinya terjebak dengan jenayah siber, dia sentiasa mengambil langkah berwaspada ketika berinteraksi dengan kenalan di laman sosial.
“Ibu sentiasa mengawasi perkembangan saya di Facebook dan tidak membenarkan saya meletakkan gambar sebenar di profil.
“Saya juga tidak menyatakan alamat rumah, nombor telefon atau apa-apa butir peribadi di laman sosial. Selain itu, saya tidak berkongsi akaun atau kata laluan dengan orang lain,” katanya.
Memantau
Ibu kepada dua orang anak, Sarah Ismail, 50, pula hanya membenarkan anak bongsunya, Muhd. Ainol Syazwan Mohd. Yaakob, 12, melayari internet sekiranya ditemani kakaknya.
“Kakaknya belajar di Universiti Teknologi Mara Sri Iskandar, Perak dan pulang ke rumah pada cuti semester atau hari-hari tertentu sahaja.
“Jadi, dia amat jarang melayari internet kecuali jika kakaknya pulang dan kakaknya akan memantau laman-laman yang dilayarinya,” jelasnya.
Sarah memberitahu, tindakan itu ekoran dia tidak begitu mahir dalam pengendalian komputer, apatah lagi untuk mengawal tingkah laku anaknya dalam dunia siber.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz2m1TOnhrf 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday 19 March 2013

bengkel pengendalian persembahan kanak-kanak

wahhhhhhhh..begitu lme x update blog ni ye..
 kali ini nk cter pasal pengalaman pergi bengkel pengendalian persembahan kanak-kanak(17 mac 2013) anjuran  persatuan PAKK, UPSI wat..best la jugak terisi wekend i dengan benda yg sgt2 berfaedah hehe

bagi cikgu-cikgu n bakal-bakal cikgu nk handle kanak-kanak ni bukan senang apatah lagi time nk suruh wat persembahan. hal ini disebabkan beberapa faktor yang kanak-kanak alami, antara ialah :

  • tumpuan singkat
  • komunikasi yang lemah
  • tidak memahami arahan
  • keupayaan kanak-kanak berbeza. contoh ada yang pandai nyanyi, ada yang pandai berlakon dan bakat-bakat luar biasa yang lain
  • masalah tingkahlaku kanak-kanak seperti ade yang 'over excited' ada yang pasif sgt dan malu
  • emosi kanak-kanak turut mempengaruhi gaya persembahan mereka
hah jgn egat sume faktor tu kite salahkan kanak-kanak xp hal utama yang menyebabkan masalah ini ialah berpunca daripada GURU. sekiranya guru  mengetahui cara pengendalian persembahan kanak-kanak sume masalah dapat diatasi. guru perlu memiliki kebolehan mengendalikan aktiviti itu terlebih dahulu. manakala guru dan kanak-kanak digalakkan bersama-sama menyediakan kostium atau prop persembahan secara bersama-sama kerana hal ini akan menambahkan rasa teruja kanak-kanak untuk mempersembahkan persembahan mereka kerana prop tersebut adalah hasil kerja mereka sendiri.


pengajaran berkaitan seni bukan merujuk kepada aktiviti sei lukis sahaja sebaliknya ialah:
  • bercerita
  • bercakap, memujuk,,mengarah
  • menyanyi lagu
  • pergerakan kreatif
  • bermain alat muzik
  • menghias
hanya ini yg dapat dikongsi. sekian :)