N0Te 4 U ollss..

Wednesday 16 May 2012

Bagaimana menubuhkan taska @ tadika??


Terdapat satu laman web iaitu http://www.bengkeltaskatadika.com/ yang dijumpai menceritakan tentang “bagaimana membuka dan memiliki perniagaan taska dan tadika yang menguntungkan dan professional?”. Laman ini ditulis oleh Farah Izwani Samsudin pada 1 Januari 2001. Walaupun laman ini sudah lama dikongsi  tetapi bagi saya ia amat menarik kerana penulis sanggup berkongsi pengalaman dan kejayaan beliau. Hasil bacaan yang diperolehi ialah mendapat panduan lengkap penubuhan perniagaan taska dan tadika. Oleh kerana, pada masa kini ramai ibu bapa yang bekerja untuk menambahkan pendapatan dan perbelanjaan seisi keluarga maka tugas mengasuh, menjaga dan mendidik diserahkan kepada pembantu rumah atau pengasuh. Pilihan lain ialah menghantar anak-anak ke taska atau tadika. Disebabkan permintaan yang tinggi maka perniagaan taska dan tadika dilihat sebagai satu keperluan dan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh ibubapa.
    Penulis juga menghuraikan perbezaan taska dan tadika. Taska merupakan singkatan daripada taman asuhan kanak-kanak. taska perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila menerima kanak-kanak melebihi 4 orang yang berumur 4 tahun kebawah dengan menerima upah. Manakala tadika pula adalah singkatan daripada taman didikan kanak-kanak. Tadika ialah premis yang menerima kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun lebih daripada 4 orang untuk tujuan memberi pendidikan dengan mengenakan bayaran. Penubuhan tadika swasta perlu didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) iaitu dibawah unit pendidikan swasta.
   Selain itu terdapat juga info yang dikongsi oleh penulis dalam penubuhan perniagaan taska dan tadika. Antaranya ialah pendaftaran perniagaan, persekitaran yang selamat dan bersih, lokasi strategik, warna, program dan aktiviti yang berkualiti, kurikulum, perkhidmatan pengangkutan dan promosi perniagaan. Kesimpulannya perniagaan taska dan tadika merupakan satu tugas yang mulia kerana menjaga kebajikan, memberi kasih-sayang dan pendidikan kepada kanak-kanak. selain itu berpeluang menjana pendapatan kerana boleh dijalankan secara sampingan. Lagi pula, perniagaan ini sentiasa mendapat permintaan dan bertambah mengikut kadar pertambahan penduduk.


No comments:

Post a Comment