Pada 23 mei 2012, saya dan beberapa orang rakan telah membantu
seorang pensyarah iaitu Dr. Loy Chee Luen dalam menguruskan bengkel puppet. Bengkel ini
dianjurkan oleh pihak muzium pendidikan nasional UPSI yang melibatkan
penyertaan kanak-kanak pusat kecemerlangan tadika UPSI. Bengkel
yang dijalankan ini bertempat di muzium suluh budiman, UPSI. Antara yang
menjadi kandungan sepanjang bengkel dijalankan ialah kanak-kanak dipertontonkan
dengan cerita yang menggunakan puppet. Seterusnya aktiviti membuat puppet. Kanak-kanak dibahagikan kepada 9 kumpulan.
Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang guru. Semasa aktiviti ini
dijalankan kanak-kanak diajar membuat puppet mengikut kreativiti sendiri. Kanak-kanak
yang lemah akan dibimbing oleh guru. Akhir sekali kanak-kanak disuruh untuk
membuat persembahan menggunakan puppet yang dibuat mengikut kumpulan. Antara persembahannya
ialah bercerita dan nyanyian. Apa yang diperoleh melalui aktiviti ini ialah
pengalaman dan pendedahan sebagai guru dalam menguruskan kanak-kanak
terutamanya kawalan kelas. Sebagai seorang guru haruslah mempunyai sikap yang
tegas, sabar dan kreativiti dalam pengajaran bagi menarik minat kanak-kanak. Kanak-kanak
yang berminat akan memberi perhatian terhadap tindakan guru dan ini akan
mewujudkan satu pembelajaran yang selesa serta menunjukkan kawalan kelas yang
baik oleh guru. Gambar-gambar sepanjang aktiviti puppet...
Wednesday, 23 May 2012
Monday, 21 May 2012
::SeMiNaR kebangsaan PAKK::
Baru-baru ini saya ada menghadiri satu seminar. Seminar kebangsaan
pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) yang diadakan pada 19 mei 2012 bertempat di
UPSI. Seminar ini dihadiri kira-kira 500
orang dari seluruh Malaysia yang berminat dengan bidang kanak-kanak. Seminar ini
membincangkan isu-isu semasa dalam PAKK. Penceramah-penceramah terdiri daripada mereka
yang pakar dalam bidang PAKK. Seminar ini
dibahagikan kepada 4 slot perbincangan. Antara topik perbincangan seminar ini
ialah :
1) Isu-isu semasa dalam kurikulum
pendidikan awal kanak-kanak :: kesejahteraan kanak-kanak siapa peduli??
2) Pemerhatian dan penilaian
kanak-kanak::pemerhatian dan penilaian untuk perkembangan optima kanak-kanak.
3) Pendidikan khas
prasekolah::implementasi pendidikan khas prasekolah
4) Kemahiran berfikir
kanak-kanak:: merangsang kemahiran berfikir kanak-kanak.
Objektif seminar ini ialah :
v Mengetahui tentang isu-isu
berhubung dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
v Meningkatkan kesedaran peserta
terhadap kepentingan penglibatan ibu bapa dalam PAKK.
v Meningkatkan pemahaman peserta
dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu bagi kanak-kanak berkeperluan
khas.
v Meningkatkan kesedaran peserta
tentang kaedah belajar melalui bermain dalam PAKK.
Matlamat seminar :
§ 1) Medan perkongsian dan
percambahan ilmu berkaitan isu-isu semasa dalam PAKK di Malaysia
§ 2) Meluaskan jaringan pengetahuan
pendidikan dalam bidang kanak-kanak secara menyeluruh melibatkan ahli akademik,
pendidik, pelajar dan masyarakat sekeliling.
§ 3) Memberi peluang kepada para
peserta untuk memberi pendapat, kritikan, cadangan dan penghasilan bahan
pembelajaran yang berkesan dalam usaha mengukuhkan program PAKK.
Hasil menghadiri seminar ini ialah saya dapat meningkatkan
pengetahuan dalam bidang PAKK. Banyak maklumat yang dikongsi oleh
penceramah-penceramah tersebut. Contohnya seperti slot ke 4 bahawa kanak-kanak perlu dirangsang
kemahiran berfikir seawal usia iaitu bermula sejak lahir lagi. Ilmu yang
diperolehi akan dimanfaat pada masa akan datang. InsyaALLAH sebagai pendidik dan ibu bapa.
"Anak adalah untuk zaman yang
akan datang, bukan untuk zaman kita.
Salahkah pendidikan orang tua
yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga" (hamka)
Saturday, 19 May 2012
Budjet & MarketinG
Pada 9 Mei 2012, semasa kuliah pengurusan program pendidikan
awal kanak-kanak maklumat baru yang
diperolehi ialah berkaitan bajet dan perancangan pemasaran. Kedua-dua maklumat
ini merupakan aspek penting dalam penubuhan program pendidikan awal kanak-kanak
sama ada penubuhan taska atau tadika. Bajet merupakan satu jumlah peruntukan
wang yang ditetapkan diperingkat permulaan proses belanjawan yang perlu ada
dalam pengurusan sesebuah taska dan tadika. Bajet yang dirancang perlu
merangkumi: perbelanjaan yuran, bayaran gaji, pembelian peralatan dan kemudahan,
penyediaan makanan dan sebagainya.
strategi pemasaran. Pasaran ialah mengambil kira faktor sasaran pelanggan dan permintaan pasaran iaitu keperluan ibubapa dalam memberi pendidikan dan pengasuhan kepada anak-anak mereka. Persaingan melibatkan saingan daripada tadika lain seperti lokasi penubuhan. Adakah lokasi tersebut sudah mempunyai banyak pusat taska atau tadika. Dengan itu, analisis pasaran sangat perlu kerana untuk membuat perbandingan antara satu sama lain. Oleh itu tadika yang ditubuhkan mestilah mempunyai kelebihan dan kemudahan yang lebih baik daripada tadika yang sedia ada. Strategi pemasaran melibatkan kaedah mempromosikan tadika seperti melalui laman sesawang, banner, brosur, iklan dan sebagainya. Penubuhan taska dan tadika memerlukan perancangan pemasaran yang baik kerana bertujuan mempromosikan sesuatu taska dan tadika yang ditubuhkan agar diketahui oleh masyarakat sekeliling.
Thursday, 17 May 2012
< p0ster >
Pada kali ini saya hanya melayari web-web yang diberikan oleh
pensyarah. Web ini berkaitan cara pembentangan kertas kerja menggunakan kaedah
poster selain menggunakan kaedah multimedia atau power point. Ianya juga merupakan alternatif bagi menyakinkan pihak atasan agar menerima
kerja kertas yang dibuat, selain bagi mempromosikan penubuhan pusat pendidikan
awal kanak-kanak. kaedah poster ini adalah meringkaskan kertas kerja dalam
bentuk yang menarik. Kaedah pembentangan ini sebagai persediaan sekiranya
berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti komputer rosak atau
lain-lain. Antara contoh-contoh poster yang dapat dilihat seperti dibawah atau
merujuk web ini.
cantik kan poster-poster ni..so ni salah satu cara untuk bentang @ promosikan tadika
ReAd the BooK !!!
Terdapat sebuah buku yang saya baca bertajuk “ Panduan Untuk
Pengusaha Tadika”. Buku ini
merangkumi 14 bab. Antaranya ialah
dimensi pengurusan tadika, pengurus tadika, mengurus penubuhan tadika,
pengurusan fiskal (kewangan), mengurus pemasaran, mengurus sumber, mengurus
sumber kelengkapan, mengurus ruang belajar, mengurus keselamatan, mengurus
sajian makanan, program tahunan, penilaian perkembangan kanak-kanak, pemantauan
dan panduan dan bab terakhir ialah isu dan cabaran. Buku ini berperanan sebagai panduan kepada pengusaha tadika dan pelajar
mempraktikkan amalan sebelum dan semasa mengusahakan tadika. Bertujuan membantu
pengusaha atau guru-guru tadika menyediakan minda bagi memulakan operasi tadika
terutamanya aspek-aspek penting yang perlu dititikberatkan dan difokuskan.
Dengan adanya buku seperti ini dapat mewujudkan sistem pengurusan tadika yang
cemerlang dan efektif serta memberi
pemahaman kepada pengurus dalam mengorganisasikan sesebuah tadika dengan
sistematik.
Antara koleksi buku-buku lain yang boleh
dijadikan bahan bacaan atau rujukan berkaitan penubuhan taska @ tadika seperti :
selamat membaca...
Wednesday, 16 May 2012
Bagaimana menubuhkan taska @ tadika??
Terdapat
satu laman web iaitu http://www.bengkeltaskatadika.com/
yang dijumpai menceritakan tentang “bagaimana membuka dan memiliki perniagaan
taska dan tadika yang menguntungkan dan professional?”. Laman ini ditulis oleh
Farah Izwani Samsudin pada 1 Januari 2001. Walaupun laman ini sudah lama
dikongsi tetapi bagi saya ia amat menarik
kerana penulis sanggup berkongsi pengalaman dan kejayaan beliau. Hasil bacaan
yang diperolehi ialah mendapat panduan lengkap penubuhan perniagaan taska dan
tadika. Oleh kerana, pada masa kini ramai ibu bapa yang bekerja untuk
menambahkan pendapatan dan perbelanjaan seisi keluarga maka tugas mengasuh,
menjaga dan mendidik diserahkan kepada pembantu rumah atau pengasuh. Pilihan
lain ialah menghantar anak-anak ke taska atau tadika. Disebabkan permintaan
yang tinggi maka perniagaan taska dan tadika dilihat sebagai satu keperluan dan
perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh ibubapa.
Penulis
juga menghuraikan perbezaan taska dan tadika. Taska merupakan singkatan
daripada taman asuhan kanak-kanak. taska perlu didaftarkan dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila menerima kanak-kanak melebihi 4 orang yang
berumur 4 tahun kebawah dengan menerima upah. Manakala tadika pula adalah
singkatan daripada taman didikan kanak-kanak. Tadika ialah premis yang menerima
kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun lebih daripada 4 orang untuk tujuan
memberi pendidikan dengan mengenakan bayaran. Penubuhan tadika swasta perlu
didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) iaitu dibawah unit pendidikan
swasta.
Selain
itu terdapat juga info yang dikongsi oleh penulis dalam penubuhan perniagaan
taska dan tadika. Antaranya ialah pendaftaran perniagaan, persekitaran yang
selamat dan bersih, lokasi strategik, warna, program dan aktiviti yang
berkualiti, kurikulum, perkhidmatan pengangkutan dan promosi perniagaan.
Kesimpulannya perniagaan taska dan tadika merupakan satu tugas yang mulia
kerana menjaga kebajikan, memberi kasih-sayang dan pendidikan kepada
kanak-kanak. selain itu berpeluang menjana pendapatan kerana boleh dijalankan
secara sampingan. Lagi pula, perniagaan ini sentiasa mendapat permintaan dan
bertambah mengikut kadar pertambahan penduduk.
Gr0up discuSI0N :)
Pada 8 April 2012, saya bersama ahli kumpulan dibawah kursus
pengurusan program pendidikana awal kanak-kanak telah mengadakan satu
perbincangan mengenai satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Tugasan
tersebut ialah mengkehendaki pelajar menyediakan satu proposal atau kertas
kerja bagi menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak. hasil perbincangan
kumpulan saya bersetuju menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak jenis
nurseri. Hasil bimbingan dari pensyarah dan nota-nota kami berbincang beberapa
aspek yang diperlukan dalam kertas kerja tersebut dan membahagikan tugas
masing-masing. Setakat yang dibincangkan bagi proposal tersebut ialah
pengenalan yang merangkumi aspek tujuan, matlamat, lokasi, sasaran dan asas
keperluan. Seterusnya, ialah carta organisasi, diskripsi kerja, polisi nurseri,
bajet dan merangka pelan dalam dan luar nurseri. Tugasan dan perbincangan ini
memberi faedah kepada saya dalam menyediakan diri bagi membuat proposal pada
masa akan datang sekiranya ingin membuka perniagaan berasaskan pendidikan awal
kanak-kanak seperti taska atau tadika.
P0LISI tadiKA
Pada 4 april, semasa kelas pengurusan program pendidikan awal
kanak-kanak telah dibincangkan berkaitan polisi dalam sesebuah pengurusan
program pendidikan awal kanak-kanak. polisi merupakan satu dasar atau peraturan
yang telah digariskan oleh pihak pengurusan iaitu pihak taska atau tadika yang
perlu dipatuhi oleh mereka yang terlibat. Mereka yang terlibat seperti pekerja
atau guru, ibu bapa, kanak-kanak dan lain-lain. Polisi sesebuah taska atau
tadika ini merangkumi polisi mengenai masa, yuran, kemasukan atau pendaftaran,
persekitaran dalam dan luar kelas, kemudahan, kurikulum, keselamatan,
kesihatan, kanak-kanak, ibu bapa, guru kontigensi dan lain-lain. Contoh
beberapa polisi yang terdapat di taska atau tadika.
Polisi dan prosedur pelajar dan ibu bapa:
1) Pelajar hendaklah sentiasa memakai unifom dan tanda nama semasa hadir ke
tadika.
2) Pelajar perlulah hadir ke tadika sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan.
3) Segala barang peribadi pelajar seperti alat tulis, pakaian, bekal
makanan dan minuman hendaklah ditanda supaya ianya mudah dikenal pasti oleh
pelajar
4) Jika pelajar tidak hadir ke tadika ibu bapa perlulah memberikan surat
kepada pihak tadika
5) Bagi pelajar yang dijangkiti penyakit hendaklah mengambil cuti sakit dan
tidak dibenarkan ke tadika sehinggalah sembuh.
6) Ibubapa hendaklah menghantar dan mengambil anak mereka dalam tempoh masa
yangditetapkan. Jika lewat ibu bapa perlu menghubungi atau memberitahu pihak
tadika di atas sebarang kelewatan.
7) Ibu bapa tidak dibenarkan memasuki kawasan tadika sewenang-wenangnya
pada waktupersekolahan.
8) Ibu bapa digalakkan sentiasa menghubungi pihak tadika untuk mengetahui perkembangan
anak-anak mereka.
9) Ibu bapa tidak boleh membunyikan hon sewenang-wenangnya ketika berada di
hadapan tadika.
Polisi dan prosedur bayaran yuran
1) Semua kadar yuran pendaftaran, bulanan dan tahunan yang ditetapkan ini
adalah sah hingga 31 Disember pada tahun semasa sahaja. Manakala selepas tarikh
tersebut pihak pengurusan boleh membuat sebarang perubahan kadar bayaran
(jika difikirkan perlu).
2) Jumlah yuran bulanan yuran bagi tadika adalah selama 11 bulan iaitu
Januari hingga November.
3) Pada bulan Disember tiada bayaran tadika yang dikenakan.
4) Yuran bulanan tadika hendaklah dibayar penuh meskipun kehadiran pelajar
tidak penuh pada bulan tersebut.
5) Resit bayaran yang diterima hendaklah disimpan oleh ibu bapa/penjaga
sebagai buktibayaran
6) Sila pastikan ibu bapa/penjaga menerima resit rasmi tadika kami untuk
sebarang bayaran yang dibuat.
Polisi dan prosedur cuti dan tatatertib.
1) Cuti penggal tadika dan bilangan hari persekolahan tadika adalah sama
seperti yangditetapkan oleh kementerian pendidikan Malaysia iaitu seperti
sekolah kebangsaan.
2) Cuti umum/pelepasan am adalah sama seperti cuti umum persekutuan dan
kerajaan negeri
) Pelajar dilarang membawa sebarang alat-alat mainan dan barang yang berbahaya ketadika.
4) Pelajar lelaki hendaklah sentiasa berambut pendek dan kemas. Manakala
pelajarperempuan yang berambut panjang hendaklah diikat kemas rambutnya
terutama semasamenjalankan aktiviti sukan.
5) Segala peralatan dan buku-buku kepunyaan tadika tidak dibenarkan di bawa
pulang oleh pelajar tanpa kebenaran terlebih dahulu.
Tuesday, 15 May 2012
0RgAnisaSI tadiKA
Pada 28 Mac, pengetahuan baru yang diperoleh ialah berkenaan penubuhan
sesuatu organisasi tadika atau taska. Setiap badan ini mesti mempunyai carta
organisasi yang tertentu dalam mengurus program pendidikan awal kanak-kanak.
misalnya, bagi sesebuah tadika swasta terdiri daripada::
# pengarah
# penyelia
# guru
# pembantu murid
# tukang masak
# pemandu (sekiranya mempunyai unit pengangkutan )
setiap jawatan ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu bagi melicinkan pengurusan. Maka setiap orang yang terlibat mempunyai tanggungjawab terhadap tugas masing-masing.
# pengarah
# penyelia
# guru
# pembantu murid
# tukang masak
# pemandu (sekiranya mempunyai unit pengangkutan )
setiap jawatan ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu bagi melicinkan pengurusan. Maka setiap orang yang terlibat mempunyai tanggungjawab terhadap tugas masing-masing.
::jEniS proGraM pAkk::
Pada 21 Mac, pengetahuan yang saya
peroleh berkaitan pengurusan
program pendidikan awal kanak-kanak
ialah terdapat pelbagai jenis
program pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) iaitu:
v
tadika
v
taska
(nursery)
v
family
care
v
pengasuhan
dirumah (home care)
v
pusat
jagaan bayi (infant care center)
v
day-care development centers
v
satellite child development program
v
penjagaan
sebelum dan selepas sekolah
Setiap program ini berlainan dan mempunyai
kelebihan yang tersendiri. Pensyarah juga menghuraikan berkenaan mengakses
keperluan untuk program kanak-kanak iaitu melibatkan keperluan kepada
negara dan keperluan kepada komuniti atau masyarakat.
pr0gRAm m0TiVASi & kErJaya
Pada 10 mac yang lalu, saya telah menyertai program motivasi dan
kerjaya pendidikan awal kanak-kanak anjuran persatuan pendidikan awal
kanak-kanak Universiti Malaya. Program ini bertujuan untuk memberi peluang
mengetahui hala tuju serta kerjaya yang boleh diceburi sebelum melangkah ke
alam pekerjaan. Semasa program ini terdapat slot “perkongsian pengalaman
berkenaan perniagaan pembukaan tadika dan taska”. Slot ini disampaikan oleh Puan
Hajah Mahanom Basri yang merupakan pengerusi persatuan taska negeri Selangor.
Beliau menceritakan pengalaman sepanjang pembukaan tadika dan taska.
Terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi dalam menguruskan sesebuah
taska. Antara cabaran ialah dari segi modal. Hal ini kerana modal sangat
penting pada permulaan penubuhan tadika. Selain itu, ialah cabaran menyakinkan
masyarakat agar mendaftarkan anak-anak mereka di taska beliau. Dengan itu,
beliau telah menyediakan beberapa kelebihan dan menawarkan kemudahan yang
memudahkan ibubapa dalam aspek pengasuhan kanak-kanak berbanding taska-taska
yang lain. Oleh itu, beliau telah memberi panduan bagi menubuhkan tadika.
Beliau juga menggalakkan setiap orang yang berminat menubuhkan tadika atau
taska menyertai pelbagai kursus pengurusan tadika. Apa yang saya perolehi
melalui ceramah oleh Puan Mahanom ini ialah prinsip 10K iaitu keyakinan, kejujuran,
keikhlasan, keberanian, kesabaran, kestabilan, keazaman, kegembiraan,
kecergasan dan keadilan.
antara gambar-gambar bahan yang membantu dalam pendidikan awal kanak-kanak
Monday, 14 May 2012
SEMINAR~~
Jabatan pendidikan awal kanak-kanak telah menganjurkan
seminar pada 7 dan 8 mac 2012. Seminar ini disampaikan oleh Professor Emeritus
Aline Wendy Dunlop. Beliau telah menceritakan mengenai pengurusan program
pendidikan awal kanak-kanak di Scotland. Apa yang diperolehi melalui seminar
ini ialah perbezaan pengurusan program pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia
dan Scotland. Beliau telah memberi beberapa panduan dalam menguruskan sesebuah
tadika atau taska secara interaktif, proaktif dan efektif. Banyak pengetahuan
dan manfaat hasil seminar ini kerana beliau mempunyai pengalaman yang cukup
luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Haiiii....saya budak baru.
baru mula belajar nak menulis blog..so if korang baca n tengok blog ni x comey sila komen ckit ek..sy bdk bru bljar hehe :)
mayb blog ni akan lebih menfokuskan kpd hal kanak-kanak sbb kanak-kanak kan comey & cute sesangat kan3..salam perkenalan utk semua~~
mayb blog ni akan lebih menfokuskan kpd hal kanak-kanak sbb kanak-kanak kan comey & cute sesangat kan3..salam perkenalan utk semua~~
Subscribe to:
Posts (Atom)