Pada 23 mei 2012, saya dan beberapa orang rakan telah membantu
seorang pensyarah iaitu Dr. Loy Chee Luen dalam menguruskan bengkel puppet. Bengkel ini
dianjurkan oleh pihak muzium pendidikan nasional UPSI yang melibatkan
penyertaan kanak-kanak pusat kecemerlangan tadika UPSI. Bengkel
yang dijalankan ini bertempat di muzium suluh budiman, UPSI. Antara yang
menjadi kandungan sepanjang bengkel dijalankan ialah kanak-kanak dipertontonkan
dengan cerita yang menggunakan puppet. Seterusnya aktiviti membuat puppet. Kanak-kanak dibahagikan kepada 9 kumpulan.
Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang guru. Semasa aktiviti ini
dijalankan kanak-kanak diajar membuat puppet mengikut kreativiti sendiri. Kanak-kanak
yang lemah akan dibimbing oleh guru. Akhir sekali kanak-kanak disuruh untuk
membuat persembahan menggunakan puppet yang dibuat mengikut kumpulan. Antara persembahannya
ialah bercerita dan nyanyian. Apa yang diperoleh melalui aktiviti ini ialah
pengalaman dan pendedahan sebagai guru dalam menguruskan kanak-kanak
terutamanya kawalan kelas. Sebagai seorang guru haruslah mempunyai sikap yang
tegas, sabar dan kreativiti dalam pengajaran bagi menarik minat kanak-kanak. Kanak-kanak
yang berminat akan memberi perhatian terhadap tindakan guru dan ini akan
mewujudkan satu pembelajaran yang selesa serta menunjukkan kawalan kelas yang
baik oleh guru. Gambar-gambar sepanjang aktiviti puppet...
Wednesday, 23 May 2012
Monday, 21 May 2012
::SeMiNaR kebangsaan PAKK::
Baru-baru ini saya ada menghadiri satu seminar. Seminar kebangsaan
pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) yang diadakan pada 19 mei 2012 bertempat di
UPSI. Seminar ini dihadiri kira-kira 500
orang dari seluruh Malaysia yang berminat dengan bidang kanak-kanak. Seminar ini
membincangkan isu-isu semasa dalam PAKK. Penceramah-penceramah terdiri daripada mereka
yang pakar dalam bidang PAKK. Seminar ini
dibahagikan kepada 4 slot perbincangan. Antara topik perbincangan seminar ini
ialah :
1) Isu-isu semasa dalam kurikulum
pendidikan awal kanak-kanak :: kesejahteraan kanak-kanak siapa peduli??
2) Pemerhatian dan penilaian
kanak-kanak::pemerhatian dan penilaian untuk perkembangan optima kanak-kanak.
3) Pendidikan khas
prasekolah::implementasi pendidikan khas prasekolah
4) Kemahiran berfikir
kanak-kanak:: merangsang kemahiran berfikir kanak-kanak.
Objektif seminar ini ialah :
v Mengetahui tentang isu-isu
berhubung dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
v Meningkatkan kesedaran peserta
terhadap kepentingan penglibatan ibu bapa dalam PAKK.
v Meningkatkan pemahaman peserta
dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu bagi kanak-kanak berkeperluan
khas.
v Meningkatkan kesedaran peserta
tentang kaedah belajar melalui bermain dalam PAKK.
Matlamat seminar :
§ 1) Medan perkongsian dan
percambahan ilmu berkaitan isu-isu semasa dalam PAKK di Malaysia
§ 2) Meluaskan jaringan pengetahuan
pendidikan dalam bidang kanak-kanak secara menyeluruh melibatkan ahli akademik,
pendidik, pelajar dan masyarakat sekeliling.
§ 3) Memberi peluang kepada para
peserta untuk memberi pendapat, kritikan, cadangan dan penghasilan bahan
pembelajaran yang berkesan dalam usaha mengukuhkan program PAKK.
Hasil menghadiri seminar ini ialah saya dapat meningkatkan
pengetahuan dalam bidang PAKK. Banyak maklumat yang dikongsi oleh
penceramah-penceramah tersebut. Contohnya seperti slot ke 4 bahawa kanak-kanak perlu dirangsang
kemahiran berfikir seawal usia iaitu bermula sejak lahir lagi. Ilmu yang
diperolehi akan dimanfaat pada masa akan datang. InsyaALLAH sebagai pendidik dan ibu bapa.
"Anak adalah untuk zaman yang
akan datang, bukan untuk zaman kita.
Salahkah pendidikan orang tua
yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga" (hamka)
Saturday, 19 May 2012
Budjet & MarketinG
Pada 9 Mei 2012, semasa kuliah pengurusan program pendidikan
awal kanak-kanak maklumat baru yang
diperolehi ialah berkaitan bajet dan perancangan pemasaran. Kedua-dua maklumat
ini merupakan aspek penting dalam penubuhan program pendidikan awal kanak-kanak
sama ada penubuhan taska atau tadika. Bajet merupakan satu jumlah peruntukan
wang yang ditetapkan diperingkat permulaan proses belanjawan yang perlu ada
dalam pengurusan sesebuah taska dan tadika. Bajet yang dirancang perlu
merangkumi: perbelanjaan yuran, bayaran gaji, pembelian peralatan dan kemudahan,
penyediaan makanan dan sebagainya.
strategi pemasaran. Pasaran ialah mengambil kira faktor sasaran pelanggan dan permintaan pasaran iaitu keperluan ibubapa dalam memberi pendidikan dan pengasuhan kepada anak-anak mereka. Persaingan melibatkan saingan daripada tadika lain seperti lokasi penubuhan. Adakah lokasi tersebut sudah mempunyai banyak pusat taska atau tadika. Dengan itu, analisis pasaran sangat perlu kerana untuk membuat perbandingan antara satu sama lain. Oleh itu tadika yang ditubuhkan mestilah mempunyai kelebihan dan kemudahan yang lebih baik daripada tadika yang sedia ada. Strategi pemasaran melibatkan kaedah mempromosikan tadika seperti melalui laman sesawang, banner, brosur, iklan dan sebagainya. Penubuhan taska dan tadika memerlukan perancangan pemasaran yang baik kerana bertujuan mempromosikan sesuatu taska dan tadika yang ditubuhkan agar diketahui oleh masyarakat sekeliling.
Thursday, 17 May 2012
< p0ster >
Pada kali ini saya hanya melayari web-web yang diberikan oleh
pensyarah. Web ini berkaitan cara pembentangan kertas kerja menggunakan kaedah
poster selain menggunakan kaedah multimedia atau power point. Ianya juga merupakan alternatif bagi menyakinkan pihak atasan agar menerima
kerja kertas yang dibuat, selain bagi mempromosikan penubuhan pusat pendidikan
awal kanak-kanak. kaedah poster ini adalah meringkaskan kertas kerja dalam
bentuk yang menarik. Kaedah pembentangan ini sebagai persediaan sekiranya
berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti komputer rosak atau
lain-lain. Antara contoh-contoh poster yang dapat dilihat seperti dibawah atau
merujuk web ini.
cantik kan poster-poster ni..so ni salah satu cara untuk bentang @ promosikan tadika
ReAd the BooK !!!
Terdapat sebuah buku yang saya baca bertajuk “ Panduan Untuk
Pengusaha Tadika”. Buku ini
merangkumi 14 bab. Antaranya ialah
dimensi pengurusan tadika, pengurus tadika, mengurus penubuhan tadika,
pengurusan fiskal (kewangan), mengurus pemasaran, mengurus sumber, mengurus
sumber kelengkapan, mengurus ruang belajar, mengurus keselamatan, mengurus
sajian makanan, program tahunan, penilaian perkembangan kanak-kanak, pemantauan
dan panduan dan bab terakhir ialah isu dan cabaran. Buku ini berperanan sebagai panduan kepada pengusaha tadika dan pelajar
mempraktikkan amalan sebelum dan semasa mengusahakan tadika. Bertujuan membantu
pengusaha atau guru-guru tadika menyediakan minda bagi memulakan operasi tadika
terutamanya aspek-aspek penting yang perlu dititikberatkan dan difokuskan.
Dengan adanya buku seperti ini dapat mewujudkan sistem pengurusan tadika yang
cemerlang dan efektif serta memberi
pemahaman kepada pengurus dalam mengorganisasikan sesebuah tadika dengan
sistematik.
Antara koleksi buku-buku lain yang boleh
dijadikan bahan bacaan atau rujukan berkaitan penubuhan taska @ tadika seperti :
selamat membaca...
Wednesday, 16 May 2012
Bagaimana menubuhkan taska @ tadika??
Terdapat
satu laman web iaitu http://www.bengkeltaskatadika.com/
yang dijumpai menceritakan tentang “bagaimana membuka dan memiliki perniagaan
taska dan tadika yang menguntungkan dan professional?”. Laman ini ditulis oleh
Farah Izwani Samsudin pada 1 Januari 2001. Walaupun laman ini sudah lama
dikongsi tetapi bagi saya ia amat menarik
kerana penulis sanggup berkongsi pengalaman dan kejayaan beliau. Hasil bacaan
yang diperolehi ialah mendapat panduan lengkap penubuhan perniagaan taska dan
tadika. Oleh kerana, pada masa kini ramai ibu bapa yang bekerja untuk
menambahkan pendapatan dan perbelanjaan seisi keluarga maka tugas mengasuh,
menjaga dan mendidik diserahkan kepada pembantu rumah atau pengasuh. Pilihan
lain ialah menghantar anak-anak ke taska atau tadika. Disebabkan permintaan
yang tinggi maka perniagaan taska dan tadika dilihat sebagai satu keperluan dan
perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh ibubapa.
Penulis
juga menghuraikan perbezaan taska dan tadika. Taska merupakan singkatan
daripada taman asuhan kanak-kanak. taska perlu didaftarkan dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila menerima kanak-kanak melebihi 4 orang yang
berumur 4 tahun kebawah dengan menerima upah. Manakala tadika pula adalah
singkatan daripada taman didikan kanak-kanak. Tadika ialah premis yang menerima
kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun lebih daripada 4 orang untuk tujuan
memberi pendidikan dengan mengenakan bayaran. Penubuhan tadika swasta perlu
didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) iaitu dibawah unit pendidikan
swasta.
Selain
itu terdapat juga info yang dikongsi oleh penulis dalam penubuhan perniagaan
taska dan tadika. Antaranya ialah pendaftaran perniagaan, persekitaran yang
selamat dan bersih, lokasi strategik, warna, program dan aktiviti yang
berkualiti, kurikulum, perkhidmatan pengangkutan dan promosi perniagaan.
Kesimpulannya perniagaan taska dan tadika merupakan satu tugas yang mulia
kerana menjaga kebajikan, memberi kasih-sayang dan pendidikan kepada
kanak-kanak. selain itu berpeluang menjana pendapatan kerana boleh dijalankan
secara sampingan. Lagi pula, perniagaan ini sentiasa mendapat permintaan dan
bertambah mengikut kadar pertambahan penduduk.
Gr0up discuSI0N :)
Pada 8 April 2012, saya bersama ahli kumpulan dibawah kursus
pengurusan program pendidikana awal kanak-kanak telah mengadakan satu
perbincangan mengenai satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Tugasan
tersebut ialah mengkehendaki pelajar menyediakan satu proposal atau kertas
kerja bagi menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak. hasil perbincangan
kumpulan saya bersetuju menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak jenis
nurseri. Hasil bimbingan dari pensyarah dan nota-nota kami berbincang beberapa
aspek yang diperlukan dalam kertas kerja tersebut dan membahagikan tugas
masing-masing. Setakat yang dibincangkan bagi proposal tersebut ialah
pengenalan yang merangkumi aspek tujuan, matlamat, lokasi, sasaran dan asas
keperluan. Seterusnya, ialah carta organisasi, diskripsi kerja, polisi nurseri,
bajet dan merangka pelan dalam dan luar nurseri. Tugasan dan perbincangan ini
memberi faedah kepada saya dalam menyediakan diri bagi membuat proposal pada
masa akan datang sekiranya ingin membuka perniagaan berasaskan pendidikan awal
kanak-kanak seperti taska atau tadika.
Subscribe to:
Posts (Atom)














