N0Te 4 U ollss..

Wednesday 23 May 2012

## Puppet Sh0W ##


Pada 23 mei 2012, saya dan beberapa orang rakan telah membantu seorang pensyarah iaitu Dr. Loy Chee Luen  dalam menguruskan bengkel puppet. Bengkel ini dianjurkan oleh pihak muzium pendidikan nasional UPSI yang melibatkan penyertaan kanak-kanak pusat kecemerlangan tadika  UPSI. Bengkel  yang dijalankan ini bertempat di muzium suluh budiman, UPSI. Antara yang menjadi kandungan sepanjang bengkel dijalankan ialah kanak-kanak dipertontonkan dengan cerita yang menggunakan puppet. Seterusnya aktiviti membuat puppet.  Kanak-kanak dibahagikan kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang guru. Semasa aktiviti ini dijalankan kanak-kanak diajar membuat puppet mengikut kreativiti sendiri. Kanak-kanak yang lemah akan dibimbing oleh guru. Akhir sekali kanak-kanak disuruh untuk membuat persembahan menggunakan puppet yang dibuat mengikut kumpulan. Antara persembahannya ialah bercerita dan nyanyian. Apa yang diperoleh melalui aktiviti ini ialah pengalaman dan pendedahan sebagai guru dalam menguruskan kanak-kanak terutamanya kawalan kelas. Sebagai seorang guru haruslah mempunyai sikap yang tegas, sabar dan kreativiti dalam pengajaran bagi menarik minat kanak-kanak. Kanak-kanak yang berminat akan memberi perhatian terhadap tindakan guru dan ini akan mewujudkan satu pembelajaran yang selesa serta menunjukkan kawalan kelas yang baik oleh guru. Gambar-gambar sepanjang aktiviti puppet...





Monday 21 May 2012

::SeMiNaR kebangsaan PAKK::


Baru-baru ini saya ada menghadiri satu seminar. Seminar kebangsaan pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) yang diadakan pada 19 mei 2012 bertempat di UPSI.  Seminar ini dihadiri kira-kira 500 orang dari seluruh Malaysia yang berminat dengan bidang kanak-kanak. Seminar ini membincangkan isu-isu semasa dalam PAKK.  Penceramah-penceramah terdiri daripada mereka yang pakar dalam  bidang PAKK. Seminar ini dibahagikan kepada 4 slot perbincangan. Antara topik perbincangan seminar ini ialah :

1)  Isu-isu semasa dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak :: kesejahteraan kanak-kanak siapa peduli??
2)  Pemerhatian dan penilaian kanak-kanak::pemerhatian dan penilaian untuk perkembangan optima kanak-kanak.
3)  Pendidikan khas prasekolah::implementasi pendidikan khas prasekolah
4)  Kemahiran berfikir kanak-kanak:: merangsang kemahiran berfikir kanak-kanak.

Objektif seminar ini ialah :
v    Mengetahui tentang isu-isu berhubung dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
v  Meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan penglibatan ibu bapa dalam PAKK.
v  Meningkatkan pemahaman peserta dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
v  Meningkatkan kesedaran peserta tentang kaedah belajar melalui bermain dalam PAKK.

Matlamat seminar :
§         1) Medan perkongsian dan percambahan ilmu berkaitan isu-isu semasa dalam PAKK di Malaysia
§        2)  Meluaskan jaringan pengetahuan pendidikan dalam bidang kanak-kanak secara menyeluruh melibatkan ahli akademik, pendidik, pelajar dan masyarakat sekeliling.
§         3) Memberi peluang kepada para peserta untuk memberi pendapat, kritikan, cadangan dan penghasilan bahan pembelajaran yang berkesan dalam usaha mengukuhkan program PAKK.

Hasil menghadiri seminar ini ialah saya dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang PAKK. Banyak maklumat yang dikongsi oleh penceramah-penceramah tersebut. Contohnya seperti  slot ke 4 bahawa kanak-kanak perlu dirangsang kemahiran berfikir seawal usia iaitu bermula sejak lahir lagi. Ilmu yang diperolehi akan dimanfaat pada masa akan datang. InsyaALLAH sebagai pendidik  dan ibu bapa.

"Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita.
Salahkah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga" (hamka)




Saturday 19 May 2012

Budjet & MarketinG


Pada 9 Mei 2012,  semasa kuliah pengurusan program pendidikan awal  kanak-kanak maklumat baru yang diperolehi ialah berkaitan bajet dan perancangan pemasaran. Kedua-dua maklumat ini merupakan aspek penting dalam penubuhan program pendidikan awal kanak-kanak sama ada penubuhan taska atau tadika. Bajet merupakan satu jumlah peruntukan wang yang ditetapkan diperingkat permulaan proses belanjawan yang perlu ada dalam pengurusan sesebuah taska dan tadika. Bajet yang dirancang perlu merangkumi: perbelanjaan yuran, bayaran gaji, pembelian peralatan dan kemudahan, penyediaan makanan dan sebagainya.

       Perancangan pemasaran pula melibatkan aspek pasaran, persaingan, analisis pasaran dan 
strategi pemasaran. Pasaran ialah mengambil kira faktor sasaran pelanggan dan permintaan pasaran iaitu keperluan ibubapa dalam memberi pendidikan dan pengasuhan kepada anak-anak mereka. Persaingan melibatkan saingan daripada tadika lain seperti lokasi penubuhan. Adakah lokasi tersebut sudah mempunyai banyak pusat taska atau tadika. Dengan itu, analisis pasaran sangat perlu kerana untuk membuat perbandingan antara satu sama lain. Oleh itu tadika yang ditubuhkan mestilah mempunyai kelebihan dan kemudahan yang lebih baik daripada tadika yang sedia ada. Strategi  pemasaran melibatkan kaedah mempromosikan tadika seperti melalui laman sesawang, banner, brosur, iklan dan sebagainya. Penubuhan taska dan tadika memerlukan perancangan pemasaran yang baik kerana bertujuan mempromosikan sesuatu taska dan tadika yang ditubuhkan agar diketahui oleh masyarakat sekeliling. 





Thursday 17 May 2012

< p0ster >


Pada kali ini saya hanya melayari web-web yang diberikan oleh pensyarah. Web ini berkaitan cara pembentangan kertas kerja menggunakan kaedah poster selain menggunakan kaedah multimedia atau power point. Ianya juga merupakan alternatif  bagi menyakinkan pihak atasan agar menerima kerja kertas yang dibuat, selain bagi mempromosikan penubuhan pusat pendidikan awal kanak-kanak. kaedah poster ini adalah meringkaskan kertas kerja dalam bentuk yang menarik. Kaedah pembentangan ini sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti komputer rosak atau lain-lain. Antara contoh-contoh poster yang dapat dilihat seperti dibawah atau merujuk web ini.




cantik kan poster-poster ni..so ni salah satu cara untuk bentang @ promosikan tadika 









ReAd the BooK !!!


Terdapat sebuah buku yang saya baca bertajuk “ Panduan Untuk Pengusaha Tadika”.  Buku ini merangkumi  14 bab. Antaranya ialah dimensi pengurusan tadika, pengurus tadika, mengurus penubuhan tadika, pengurusan fiskal (kewangan), mengurus pemasaran, mengurus sumber, mengurus sumber kelengkapan, mengurus ruang belajar, mengurus keselamatan, mengurus sajian makanan, program tahunan, penilaian perkembangan kanak-kanak, pemantauan dan panduan dan bab terakhir ialah isu dan cabaran.  Buku ini berperanan sebagai  panduan kepada pengusaha tadika dan pelajar mempraktikkan amalan sebelum dan semasa mengusahakan tadika. Bertujuan membantu pengusaha atau guru-guru tadika menyediakan minda bagi memulakan operasi tadika terutamanya aspek-aspek penting yang perlu dititikberatkan dan difokuskan. Dengan adanya buku seperti ini dapat mewujudkan sistem pengurusan tadika yang cemerlang dan efektif serta  memberi pemahaman kepada pengurus dalam mengorganisasikan sesebuah tadika dengan sistematik.

Antara koleksi buku-buku lain yang boleh dijadikan bahan bacaan atau rujukan berkaitan penubuhan taska @ tadika seperti :
selamat membaca...



Wednesday 16 May 2012

Bagaimana menubuhkan taska @ tadika??


Terdapat satu laman web iaitu http://www.bengkeltaskatadika.com/ yang dijumpai menceritakan tentang “bagaimana membuka dan memiliki perniagaan taska dan tadika yang menguntungkan dan professional?”. Laman ini ditulis oleh Farah Izwani Samsudin pada 1 Januari 2001. Walaupun laman ini sudah lama dikongsi  tetapi bagi saya ia amat menarik kerana penulis sanggup berkongsi pengalaman dan kejayaan beliau. Hasil bacaan yang diperolehi ialah mendapat panduan lengkap penubuhan perniagaan taska dan tadika. Oleh kerana, pada masa kini ramai ibu bapa yang bekerja untuk menambahkan pendapatan dan perbelanjaan seisi keluarga maka tugas mengasuh, menjaga dan mendidik diserahkan kepada pembantu rumah atau pengasuh. Pilihan lain ialah menghantar anak-anak ke taska atau tadika. Disebabkan permintaan yang tinggi maka perniagaan taska dan tadika dilihat sebagai satu keperluan dan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh ibubapa.
    Penulis juga menghuraikan perbezaan taska dan tadika. Taska merupakan singkatan daripada taman asuhan kanak-kanak. taska perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila menerima kanak-kanak melebihi 4 orang yang berumur 4 tahun kebawah dengan menerima upah. Manakala tadika pula adalah singkatan daripada taman didikan kanak-kanak. Tadika ialah premis yang menerima kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun lebih daripada 4 orang untuk tujuan memberi pendidikan dengan mengenakan bayaran. Penubuhan tadika swasta perlu didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) iaitu dibawah unit pendidikan swasta.
   Selain itu terdapat juga info yang dikongsi oleh penulis dalam penubuhan perniagaan taska dan tadika. Antaranya ialah pendaftaran perniagaan, persekitaran yang selamat dan bersih, lokasi strategik, warna, program dan aktiviti yang berkualiti, kurikulum, perkhidmatan pengangkutan dan promosi perniagaan. Kesimpulannya perniagaan taska dan tadika merupakan satu tugas yang mulia kerana menjaga kebajikan, memberi kasih-sayang dan pendidikan kepada kanak-kanak. selain itu berpeluang menjana pendapatan kerana boleh dijalankan secara sampingan. Lagi pula, perniagaan ini sentiasa mendapat permintaan dan bertambah mengikut kadar pertambahan penduduk.


Gr0up discuSI0N :)


Pada 8 April 2012, saya bersama ahli kumpulan dibawah kursus pengurusan program pendidikana awal kanak-kanak telah mengadakan satu perbincangan mengenai satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Tugasan tersebut ialah mengkehendaki pelajar menyediakan satu proposal atau kertas kerja bagi menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak. hasil perbincangan kumpulan saya bersetuju menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak jenis nurseri. Hasil bimbingan dari pensyarah dan nota-nota kami berbincang beberapa aspek yang diperlukan dalam kertas kerja tersebut dan membahagikan tugas masing-masing. Setakat yang dibincangkan bagi proposal tersebut ialah pengenalan yang merangkumi aspek tujuan, matlamat, lokasi, sasaran dan asas keperluan. Seterusnya, ialah carta organisasi, diskripsi kerja, polisi nurseri, bajet dan merangka pelan dalam dan luar nurseri. Tugasan dan perbincangan ini memberi faedah kepada saya dalam menyediakan diri bagi membuat proposal pada masa akan datang sekiranya ingin membuka perniagaan berasaskan pendidikan awal kanak-kanak seperti taska atau tadika.


P0LISI tadiKA


Pada 4 april, semasa kelas pengurusan program pendidikan awal kanak-kanak telah dibincangkan berkaitan polisi dalam sesebuah pengurusan program pendidikan awal kanak-kanak. polisi merupakan satu dasar atau peraturan yang telah digariskan oleh pihak pengurusan iaitu pihak taska atau tadika yang perlu dipatuhi oleh mereka yang terlibat. Mereka yang terlibat seperti pekerja atau guru, ibu bapa, kanak-kanak dan lain-lain. Polisi sesebuah taska atau tadika ini merangkumi polisi mengenai masa, yuran, kemasukan atau pendaftaran, persekitaran dalam dan luar kelas, kemudahan, kurikulum, keselamatan, kesihatan, kanak-kanak, ibu bapa, guru kontigensi dan lain-lain. Contoh beberapa polisi yang terdapat di taska atau tadika.
Polisi dan prosedur pelajar dan ibu bapa:

1)    Pelajar hendaklah sentiasa memakai unifom dan tanda nama semasa hadir ke tadika.
2)    Pelajar perlulah hadir ke tadika sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan.
3)    Segala barang peribadi pelajar seperti alat tulis, pakaian, bekal makanan dan minuman hendaklah ditanda supaya ianya mudah dikenal pasti oleh pelajar
4)    Jika pelajar tidak hadir ke tadika ibu bapa perlulah memberikan surat kepada pihak tadika
5)    Bagi pelajar yang dijangkiti penyakit hendaklah mengambil cuti sakit dan tidak dibenarkan ke tadika sehinggalah sembuh.
6)     Ibubapa hendaklah menghantar dan mengambil anak mereka dalam tempoh masa yangditetapkan. Jika lewat ibu bapa perlu menghubungi atau memberitahu pihak tadika di atas sebarang kelewatan.
7)    Ibu bapa tidak dibenarkan memasuki kawasan tadika sewenang-wenangnya pada waktupersekolahan.
8)    Ibu bapa digalakkan sentiasa menghubungi pihak tadika untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka.
9)    Ibu bapa tidak boleh membunyikan hon sewenang-wenangnya ketika berada di hadapan tadika.

Polisi dan prosedur bayaran yuran

1)    Semua kadar yuran pendaftaran, bulanan dan tahunan yang ditetapkan ini adalah sah hingga 31 Disember pada tahun semasa sahaja. Manakala selepas tarikh tersebut pihak pengurusan boleh membuat sebarang perubahan kadar bayaran (jika difikirkan perlu).
2)    Jumlah yuran bulanan yuran bagi tadika adalah selama 11 bulan iaitu Januari hingga November.
3)    Pada bulan Disember tiada bayaran tadika yang dikenakan.
4)    Yuran bulanan tadika hendaklah dibayar penuh meskipun kehadiran pelajar tidak penuh pada bulan tersebut.
5)    Resit bayaran yang diterima hendaklah disimpan oleh ibu bapa/penjaga sebagai buktibayaran
6)    Sila pastikan ibu bapa/penjaga menerima resit rasmi tadika kami untuk sebarang bayaran yang dibuat.

Polisi dan prosedur cuti dan tatatertib.

1)    Cuti penggal tadika dan bilangan hari persekolahan tadika adalah sama seperti yangditetapkan oleh kementerian pendidikan Malaysia iaitu seperti sekolah kebangsaan.
2)    Cuti umum/pelepasan am adalah sama seperti cuti umum persekutuan dan kerajaan negeri
    )  Pelajar dilarang membawa sebarang alat-alat mainan dan barang yang berbahaya ketadika.
4)    Pelajar lelaki hendaklah sentiasa berambut pendek dan kemas. Manakala pelajarperempuan yang berambut panjang hendaklah diikat kemas rambutnya terutama semasamenjalankan aktiviti sukan.
5)    Segala peralatan dan buku-buku kepunyaan tadika tidak dibenarkan di bawa pulang oleh pelajar tanpa kebenaran terlebih dahulu.


Tuesday 15 May 2012

0RgAnisaSI tadiKA

Pada 28 Mac, pengetahuan baru yang diperoleh ialah berkenaan penubuhan sesuatu organisasi tadika atau taska. Setiap badan ini mesti mempunyai carta organisasi yang tertentu dalam mengurus program pendidikan awal kanak-kanak. misalnya, bagi sesebuah tadika swasta terdiri daripada::
# pengarah 
# penyelia 
# guru
# pembantu murid
# tukang masak 
# pemandu (sekiranya mempunyai unit pengangkutan )


 setiap jawatan ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu bagi melicinkan pengurusan. Maka setiap orang yang terlibat mempunyai tanggungjawab terhadap  tugas masing-masing.




                                                   



















 

















::jEniS proGraM pAkk::


Pada 21 Mac, pengetahuan yang saya peroleh berkaitan pengurusan
program pendidikan awal kanak-kanak ialah terdapat pelbagai jenis
program pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) iaitu:
v tadika
v taska (nursery)
v family care
v pengasuhan dirumah (home care)
v pusat jagaan bayi (infant care center)
v day-care development centers
v satellite child development program
v penjagaan sebelum dan selepas sekolah
Setiap program ini berlainan dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pensyarah juga menghuraikan berkenaan mengakses keperluan untuk program kanak-kanak iaitu melibatkan keperluan kepada negara dan keperluan kepada komuniti atau masyarakat.



pr0gRAm m0TiVASi & kErJaya


Pada 10 mac yang lalu, saya telah menyertai program motivasi dan kerjaya pendidikan awal kanak-kanak anjuran persatuan pendidikan awal kanak-kanak Universiti Malaya. Program ini bertujuan untuk memberi peluang mengetahui hala tuju serta kerjaya yang boleh diceburi sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Semasa program ini terdapat slot “perkongsian pengalaman berkenaan perniagaan pembukaan tadika dan taska”. Slot ini disampaikan oleh Puan Hajah Mahanom Basri yang merupakan pengerusi persatuan taska negeri Selangor.
Beliau menceritakan pengalaman sepanjang pembukaan tadika dan taska. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi dalam menguruskan sesebuah taska. Antara cabaran ialah dari segi modal. Hal ini kerana modal sangat penting pada permulaan penubuhan tadika. Selain itu, ialah cabaran menyakinkan masyarakat agar mendaftarkan anak-anak mereka di taska beliau. Dengan itu, beliau telah menyediakan beberapa kelebihan dan menawarkan kemudahan yang memudahkan ibubapa dalam aspek pengasuhan kanak-kanak berbanding taska-taska yang lain. Oleh itu, beliau telah memberi panduan bagi menubuhkan tadika. Beliau juga menggalakkan setiap orang yang berminat menubuhkan tadika atau taska menyertai pelbagai kursus pengurusan tadika. Apa yang saya perolehi melalui ceramah oleh Puan Mahanom ini ialah prinsip 10K iaitu keyakinan, kejujuran, keikhlasan, keberanian, kesabaran, kestabilan, keazaman, kegembiraan, kecergasan dan keadilan.

antara gambar-gambar bahan yang membantu dalam pendidikan awal kanak-kanak




Monday 14 May 2012

SEMINAR~~

Jabatan pendidikan awal kanak-kanak telah menganjurkan seminar pada 7 dan 8 mac 2012. Seminar ini disampaikan oleh Professor Emeritus Aline Wendy Dunlop. Beliau telah menceritakan mengenai pengurusan program pendidikan awal kanak-kanak di Scotland. Apa yang diperolehi melalui seminar ini ialah perbezaan pengurusan program pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dan Scotland. Beliau telah memberi beberapa panduan dalam menguruskan sesebuah tadika atau taska secara interaktif, proaktif dan efektif. Banyak pengetahuan dan manfaat hasil seminar ini kerana beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Haiiii....saya budak baru.

baru mula belajar nak menulis blog..so if korang baca n tengok blog ni x comey sila komen ckit ek..sy bdk bru bljar hehe :)
mayb blog ni akan lebih menfokuskan kpd hal kanak-kanak sbb kanak-kanak kan comey & cute sesangat kan3..salam perkenalan utk semua~~